View: 1559|Reply: 0
|
Tiada jaminan Hamilton akan kekal di F1
[Copy link]
|
|
HAMILTON tidak beri jaminan akan terus kekal di F1. -FOTO AFP
London: Lewis Hamilton mengakui dia boleh membuat pusing-U dan berhenti dari Formula Satu (F1) walaupun baru menandatangani kontrak dua tahun baru.
Legenda F1 itu menegaskan dia dan Mercedes mengimpikan rekod gelaran kelapan tetapi menambah perasaan itu "boleh berubah" pada bila-bila masa.
Hamilton, 38, percaya dia mungkin boleh terus bertahan sehingga 2025 kerana mahu membantu Mercedes menamatkan dominasi Red Bull.
Tetapi Max Verstappen nampaknya pasti akan mendapat mahkota ketiga berturut-turut untuk dirinya dan RB.
Dia memberitahu: "Matlamat utama dalam tempoh dua tahun itu adalah berjuang 100 peratus dan memenangi kejuaraan dunia.
"Kami berada di tempat kedua dalam kejuaraan pengeluar sekarang dan kami mahu menumbangkan mereka yang berada di atas.
"Saya 100 peratus kepercayaan bahawa kami boleh melakukannya
"Dari segi jangka panjang, saya sedang memikirkan tentang kontrak saya yang seterusnya - berapa lama tempohnya dan berapa lama masa itu. Saya merancang untuk berada di sini buat sementara waktu.
"Tetapi ia boleh berubah. Saya boleh kembali tahun depan dan berkata, 'sial'. Siapa tahu?"
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... on-akan-kekal-di-f1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|