CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 2

[Melaka] ADUN Duyong `sekolahkan’ kontraktor terima pujian netizen

[Copy link]
Post time 9-9-2023 04:58 PM | Show all posts |Read mode

Gambar yang turut dikongsi Mohd Norhelmy di akaun Instagramnya.

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Norhelmy Abdul Halem sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila klip video beliau turun padang bagi memeriksa satu tapak projek di Melaka tular sejak semalam.

Klip video yang memaparkan sikap tegas beliau ketika berjumpa kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan di bulatan Jalan Ayer Leleh itu menyaksikan ADUN tersebut kurang senang dengan sikap kontraktor dilantik kerana datang lewat tidak seperti yang dijanjikan.

Melalui satu hantaran di Instagram beliau sendiri, Mohd Norhelmy turut berkongsikan lima tips yang diperlukan oleh kontraktor sekiranya dipanggil oleh wakil rakyat ke tapak pembinaan.

“Pertama datang ikut waktu yang dijanjikan, walau kamu dari Ghana sekalipun, kamu datanglah ikut masa seperti yang dijanjikan. Kena pula YB yang jenis on time, lagi kamu kena jaga waktu dia. Lagi kau lambat, lagi banyak salah kau dia boleh cari di tapak.

“Kedua, datang dengan lukisan pembinaan, dokumen kelulusan dan apa saja dokumen berkaitan. Ketiga jangan cakap bohong, tidak pasang signboard jangan cakap pasang. Tak ada orang kerja kau jangan cakap ramai orang kerja. YB ni biasa datang dengan bukti dari aduan. Jadi kalau setakat kau berbohong, senang je kau kene kuis. Buat orang naik darah sahaja.

“Keempat, sah salah mengaku saja, tak berguna pun kau nak pertahankan kesalahan kau tu sebagai perkara betul. Kelima pula bersedia dengan pelan tindakan nak selesaikan masalah. Setakat kau datang cakap “nanti saya bincangkan”, baik kau jangan datang langsung,” tulisnya.

Klip video mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk yang menyatakan rasa cemburu kerana masyarakat DUN Duyong memperolehi wakil rakyat seperti Mohd Norhelmy.

“Rasa cemburu pula rakyat Duyong dapat YB macam ni, tegas dalam komitmen dia bekerja. Ini baru wakil rakyat sebenar,” kata Zalee JR.

“Saya harap semua wakil rakyat ada sikap seperti, kalau salah tetap salah. Orang begini baru lah kawasan tu maju,” kata Noor Ellei.  – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ima-pujian-netizen/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2023 05:43 PM | Show all posts
garang betul yb ni. semua dia sapu yang mana buat kerja main2. harap kerja jalan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 05:44 PM | Show all posts
ada lg satu yb garang dia juara tembak babi berenang dari indon ke malaysia.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.517262 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list