CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3535|Reply: 0

Martin raih petak pertama GP San Marino

[Copy link]
Post time 10-9-2023 09:57 AM | Show all posts |Read mode

MARTIN cipta rekod sepusingan terpantas untuk raih petak pertama. -FOTO AFP

Misano Adriatico: Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin yang mencipta rekod pusingan sebanyak dua kali merebut petak pertama Grand Prix San Marino di Misano Adriatico, ketika pendahulu kejuaraan, Francesco Bagnaia yang baru pulih daripada kemalangan minggu lalu turut mengesahkan kedudukan di barisan hadapan.

Pelumba Sepanyol, Martin melakar satu minit 30.832 saat, memperbaiki rekod Marco Bezzecchi sebelum ini yang dicatatkan semasa sesi latihan pada Jumaat.

Dia mengesahkan petak pertama selepas memperbaiki catatannya sendiri dengan masa 1:30.390s.

"Ia satu pusingan yang hebat, hujung minggu yang hebat secara keseluruhan. Saya agak bimbang tentang hari ini," kata Martin.

"Saya mengambil banyak risiko untuk menduduki petak pertama, saya sangat berbangga dengan pasukan saya dan juga diri saya sendiri."

Bezzecchi yang mengalami kecederaan pergelangan tangan, mengekalkan rentaknya dari Jumaat untuk menduduki tempat kedua, manakala juara dunia MotoGP dari Ducati, Bagnaia yang terbabit dalam kemalangan di Grand Prix Catalan, di tempat ketiga.

"Saya tidak tahu apa yang Jorge lakukan hari ini, ia sesuatu yang luar biasa, jika dia melakukan perkara yang sama dalam perlumbaan ia tidak akan mudah," kata Bagnaia.

Ketiga-tiga pelumba itu menduduki tiga tempat teratas dalam kedudukan keseluruhan, bakal menyajikan hujung minggu yang menarik di litar Misano.

Bagnaia kini menduduki tempat teratas keseluruhan dengan 260 mata dengan Martin (210) di tempat kedua dan Bezzecchi (189) di tempat ketiga.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rtama-gp-san-marino
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.257335 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list