|

ANTARA pelajar yang dihantar ke hospital dan klinik kesihatan selepas disengat tebuan di Sungai Lopor, Hulu Langat, hari ini. FOTO Ihsan APM
Ampang: Tujuh pelajar yang dimasukkan ke Hospital Ampang, di sini, akibat disengat tebuan di Sungai Lepoh, Kampung Kuala, Hulu Langat, hari ini, tidak mengalami kecederaan serius.
Ibu kepada salah seorang pelajar terbabit memaklumkan dia mengetahui mengenai kejadian menimpa anak lelakinya itu kira-kira jam 6 petang tadi.
"Saya dan suami terus bergegas ke sini (Hospital Ampang) sebaik dimaklumkan anak dihantar ke sini untuk menerima rawatan.
"Saya sendiri sudah menjenguknya dan dia memaklumkan tidak ada kecederaan digigit tebuan dan hanya pening kepala.
"Pihak hospital memaklumkan anak dan pelajar lain masih perlu menerima rawatan sebelum dibenarkan keluar (hospital) esok," katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang, di sini, hari ini.
Berdasarkan makluman daripada anak lelakinya, wanita terbabit memaklumkan semua pelajar berkenaan tiba-tiba 'diserang' tebuan dalam kejadian itu.
"Anak kata mereka tiba-tiba sahaja diserang tebuan," katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan 28 pelajar serta 10 guru dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan selepas disengat tebuan di Sungai Lepoh, Kampung Kuala, Hulu Langat, hari ini.
Difahamkan kejadian itu berlaku jam 1.45 petang tadi membabitkan sekumpulan pelajar terdiri daripada lebih 100 pelajar sebuah sekolah menengah di Shah Alam.
Kumpulan pelajar berkenaan dikatakan sedang menjalani Kem Kepimpinan Transformasi Pengawas di sebuah resort berhampiran yang sepatutnya berlangsung semalam hingga esok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-kecederaan-serius |
|