CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3977|Reply: 0

[Pahang] Pekan sehari Durian Tawar berusia 100 tahun bakal lenyap

[Copy link]
Post time 10-9-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode

BEGINILAH suasana pekan sehari Durian Tawar, Bera yang semakin suram ekoran kekurangan pelanggan baru-baru ini.

BERA – Sebelum ini, pekan sehari Durian Tawar di sini sentiasa dikunjungi ramai orang dari kawasan sekitar untuk mendapatkan pelbagai makanan tradisional yang unik dan hasil kampung seperti ikan sungai serta sayuran termasuk kraftangan.

Namun ia yang menjadi lokasi utama pengumpulan hasil kampung di sepanjang Sungai Pahang itu kini semakin suram apabila mengalami kekurangan pengunjung yang ketara.

Ini disebabkan pembinaan jalan baharu dari Bera ke Temerloh yang melencong keluar dari kampung berkenaan, menyebabkan pekan sehari yang dipercayai berusia lebih 100 tahun itu bakal lenyap ditelan masa.

Seorang peniaga, Rohimah Awang Ngah, 80, berkata, dia yang berniaga di situ lebih 50 tahun sedih dengan keadaan tersebut.

“Dulu meriah berniaga di sini kerana tapak ini betul-betul di tepi laluan utama, jadi orang yang lalu lalang akan berhenti melihat dan membeli pelbagai jualan.

“Kini lokasinya dihalang de­ngan pembinaan jalan utama yang baharu, menyebabkan ha­nya orang kampung sekitar sahaja yang singgah untuk membeli, bagi orang luar pula seolah-olah ia tidak wujud,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya pekan sehari berkenaan dibuka pada awal pagi setiap Rabu yang menjual pelbagai barangan khususnya hasil kampung.

Seorang lagi peniaga, Robi Mohamed,48, berkata, dalam kea­daan ekonomi mencabar kini, dia amat terbeban apabila jualan tidak habis mengalami kerugian.

“Saya ingat lagi, dulu orang datang naik bas ke sini, dari felda-felda mereka sanggup keluar beli hasil kampung atau makanan tradisional. Ada juga yang datang naik bot, yang mana tinggal di seberang sungai pun datang.

“Sekarang semua itu tinggal kenangan sahaja. Saya rasa, kalau tiada usaha pihak berkenaan mempromosikan tempat ini, mungkin ia akan mati,” katanya.

Seorang pengunjung, Kamariah Naim, 77, berkata, lokasi di tepi sungai ini amat menarik, tetapi ia semakin ‘suram’ kerana tersorok.

“Kawasan ini luas, ada tandas juga, tetapi tiada usaha hendak memajukannya. Orang yang datang pun dari
kampung dekat sini sahaja,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... tahun-bakal-lenyap/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053063 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list