View: 1824|Reply: 0
|
Danial Syahmi kecewa tamatkan musim
[Copy link]
|
|
Aksi perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup. Gambar FB Red Bull MotoGP Rookies Cup.
KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril menyifatkan penamat kempen Red Bull Rookies Cup 2023 bukan seperti dikehendakinya.
Pelumba berusia 20 tahun itu yang menamatkan pusingan terakhir kempen di Litar Misano dengan berada di tempat ke-17 pada Perlumbaan 1 dan ke-18 (Perlumbaan 2) semalam begitupun berkata, dia bersyukur kerana menemui garisan penamat dengan selamat.
"Malangnya, ia adalah perlumbaan terakhir saya dalam Red Bull Rookies Cup musim ini," kata Danial mengenai kempen keduanya kali ini.
"Ini bukan keputusan yang saya mahukan. Apapun, saya tamat dengan selamat kerana masih ada perlumbaan yang perlu saya sertai.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua penaja, RNF, SIC Racing dan ZK Racing. Terutama keluarga saya yang banyak mendoakan saya dan semua rakyat Malaysia."
Danial menamatkan kempen dengan mengumpul 40 mata untuk berada di kedudukan ke-16 keseluruhan daripada 26 pelumba.
Pelumba Sepanyol, Angel Piqueras memenangi kempen kali ini dengan 318 mata manakala rakan senegaranya, Alvaro Carpe di kedudukan kedua (203 mata).
Melengkapkan podium keseluruhan adalah pelumba Sepanyol, Maximo Quiles dengan mengumpul 167 mata.
Dalam pada itu, seorang lagi pelumba negara, Hakim Danish Ramli menamatkan kempen 2023 dengan berada di kedudukan ke-12 selepas mengumpul 70 mata keseluruhan.
Hakim menamatkan perlumbaan di Misano dengan berada di tempat ke-15 pada Perlumbaan 1 dan ke-14 (Perlumbaan 2).
Kedua-dua pelumba dijadual bakal memberi tumpuan kepada saingan Kejuaraan JuniorGP Dunia selepas ini dengan Danial memikul tugas dalam kelas JuniorGP manakala Hakim untuk kelas European Talent Cup (ETC).
Perlumbaan Kejuaraan JuniorGP Dunia dijadual berlangsung di Litar Aragon pada 8 Oktober ini sebelum kemuncak kempen melabuhkan tirainya di Litar Ricardo Tormo, 5 November.
https://www.bharian.com.my/sukan ... cewa-tamatkan-musim |
|
|
|
|
|
|
| |
|