Tular video membabitkan pergaduhan antara dua pelajar sekolah menengah di sebuah kawasan lapang dipercayai dekat Ketereh, Kelantan.
Difahamkan ia membabitkan pelajar daripada dua sekolah berasingan di daerah terbabit.
Foto: Majoriti
Menerusi rakaman tersebut sekumpulan pelajar yang memakai pakaian sukan sekolah masing-masing dilihat turut berada di sekitar dan bersorak menyaksikan pergaduhan berkenaan.
Bagaimanapun, waktu dan tarikh sebenar insiden tersebut tidak dapat dipastikan.
Pihak berkuasa dan sekolah terbabit juga didapati masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. -CARI