Sebuah trak yang hilang kawalan merempuh sebuah majlis pengebumian sehingga mengakibatkan lima maut manakala 25 lagi cedera.
MUnited News of India melaporkan, kejadian yang berlaku di Kahramanmaras, Turkiye pada Sabtu lalu itu berpunca selepas brek trak itu gagal berfungsi sebelum meluncur ke jalan yang menghadap ke tanah perkuburan.
Foto: United News of India
Akibat rempuhan tersebut, puluhan individu yang berada di majlis pengebumian itu mengalami kecederaan manakala lima disahkan maut.
Ketika ini, terdapat lima mangsa maut, manakala 25 lagi cedera.
Difahamkan juga, trak tersebut terbalik dan menimpa sebuah kereta yang berada di tepi jalan di lokasi kejadian. -CARI |