CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 0

[Pahang] Resapan air bawah tanah punca mendapan di LPT1

[Copy link]
Post time 12-9-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode

Kejadian jalan mendap di Kilometer 118.2 sehingga Kilometer 117.8 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Bentong telah berlaku rekahan di bahagian kiri jalan dan menyebabkan penghadang besi jalan senget. FOTO NSTP

Kuantan: Siasatan awal mendapati berlaku kejadian resapan air bawah tanah yang menyebabkan runtuhan cerun tambak hingga berlaku rekahan di permukaan jalan di Kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) arah barat di Temerloh, dekat sini.

Pengendali lebuh raya itu, ANIH Berhad dalam kenyataan hari ini bagaimanapun memaklumkan pihaknya bersama perunding sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian di tapak projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di lokasi itu.

"Setakat ini, tiada pergerakan baharu yang direkodkan di kawasan kejadian namun, pihak syarikat dengan kerjasama kontraktor telah menempatkan penanda enapan bagi meneruskan pemantauan keadaan semasa.

"Kerja pembaikan akan dilaksanakan segera oleh kontraktor setelah penyiasatan tapak secara menyeluruh selesai dilakukan dan cadangan pembaikan yang bersesuaian dikemukakan jurutera perunding," menurut kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan dan memandu dengan berhemah serta sentiasa mematuhi arahan petugas di lokasi kejadian.

ANIH Berhad sebelum ini mengesahkan kejadian mendapan yang dipercayai menyebabkan rekahan di laluan itu dan laluan kontra diaktifkan dari KM116.5 hingga KM119.4 bermula 4.15 petang semalam.

Mendapan itu dipercayai berlaku pada pagi hari yang sama, namun tiada insiden tidak diingini berlaku akibat kejadian itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ca-mendapan-di-lpt1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060543 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list