CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2401|Reply: 0

Juara boling padang dunia dapat ‘durian runtuh’ RM80,000

[Copy link]
Post time 12-9-2023 11:49 AM | Show all posts |Read mode

HANNAH Yeoh menyambut kepulangan skuad boling padang negara diterajui juara dunia, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi di Lapang Terbang Kuala Lumpur (KLIA) 2 malam tadi.




SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan ganjaran lumayan buat juara boling padang dunia 2023, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi yang selamat tiba di tanah air malam tadi.

Menterinya, Hannah Yeoh mengumumkan ganjaran itu adalah di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).

Ini kejayaan bersejarah buat skuad boling padang negara memandangkan Ain Nabilah dan Aleena berjaya menamatkan kemarau 15 tahun untuk bergelar juara dunia yang kali terakhir diraih Safuan Said pada 2008 di Christchurch, New Zealand.

Ain Nabilah dan Aleena yang beraksi dalam acara beregu wanita berjaya menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022, Rebecca dan Connie-Leigh Rixon dari Malta 15-11 dalam saingan akhir Kejohanan Boling Padang Dunia yang berlangsung di Gold Coast, Australia kelmarin.

“Di pihak KBS, saya nak mengumumkan di bawah Shakam, Nur Ain dan Aleena, jumlahnya adalah RM80,000, jadi setiap seorang akan meraih RM40,000 seorang.

“Diharap dengan adanya insentif daripada Shakam dapat mendorong mereka untuk terus cemerlang dalam sukan ini,” jelas Hannah dalam satu sidang media khas di Lapang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.


NUR Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad.

Turut sama menerima durian runtuh gandingan Idham Amin Ramlee dan Izzat Zulkeple yang meraih ganjaran RM10,000 seorang hasil kejayaan merangkul pingat gangsa acara beregu lelaki.

Justeru, kedua-dua juara dunia bercadang untuk memberikan sebahagian duit ganjaran ini kepada keluarga mereka.

“Saya memang pernah berimpian untuk menjadi juara dunia ketika kecil, namun saya lamgsung tidak menyangka akan dapat mencapainya seawal ini kerana saya baru saya terlibat dalam sukan boling padang selama 10 tahun.

“Saya bercadang untuk memberikan sebahagian duit ini kepada keluarga saya,” jelas Aleena.

Sementara Ain Nabilah pula bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

“Saya memang sudah tahu mengenai skim Shakam ini, dan saya memang bercadang untuk membuat kenduri kesyukuran menggunakan duit ganjaran selain memberikan kepada keluarga saya,” kata Ain Nabilah. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ian-runtuh-rm80000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.032870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list