View: 2041|Reply: 0
|
Lawson mahu terus kekal di F1
[Copy link]
|
|
LAWSON menggantikan tempat Ricciardo yang mengalami kecederaan patah tangan. -FOTO AFP
Singapura: Pelumba simpanan, AlphaTauri, Liam Lawson berkata dia berazam untuk kekal dalam Formula Satu (F1) selepas merasainya sebagai pengganti, Daniel Ricciardo yang mengalami cedera.
Pelumba dari New Zealand berusia 21 tahun itu dipilih oleh pasukan milik Red Bull selepas Ricciardo dari Australia mengalami kecederaan patah tangan ketika sesi latihan di Grand Prix Belanda bulan lalu sekali gus menyebabkan dia terlepas perlumbaan itu dan Grand Prix Itali.
Ricciardo kembali ke paddock menjelang Grand Prix Singapura hujung minggu ini untuk bersama jurutera pasukan namun dia juga dijangka akan terlepas pusingan di litar Suzuka, Jepun pada 24 September.
"Sekarang saya sudah merasainya, ia membuatkan saya jatuh cinta. Saya tidak fikir saya boleh berpuas hati dengan apa yang saya ada sekarang," kata Lawson.
"Apa yang saya fikir adalah untuk memanfaatkan keadaan sekarang. Saya rasa kita akan lihat apa yang berlaku tetapi ia jelas sangat jarang untuk mendapat peluang memandu dalam F1 dan saya mempunyainya sekarang, jadi saya akan memanfaatkannya sepenuhnya," tambahnya.
Red Bull masih belum mengesahkan barisan AlphaTauri untuk 2024 dan masih ada kemungkinan bahawa Lawson boleh mendapat salah satu tempat duduk bersama sama ada Ricciardo atau Yuki Tsunoda dari Jepun.
Lawson berlumba di Jepun tahun ini dan pernah bertanding di Suzuka sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-terus-kekal-di-f1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|