CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2765|Reply: 0

[Perak] Pekerja kebun warga Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara

[Copy link]
Post time 19-9-2023 12:53 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD Mokul (dua dari kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar bagi menghadapi pertuduhan membunuh rakan senegaranya dua minggu lalu.

KUALA KANGSAR – Seorang pekerja kebun warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya, dua minggu lalu.

Mohammad Mokul Hossain, 34, didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Hossen Md Monowar di Lot 641-B, Jalan Kuak Pekan Kuak di Lenggong antara pukul 7 petang hingga 8 malam, 8 September 2023.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Tiada pengakuan direkodkan ekoran tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula untuk lantikan jurubahasa di Mahkamah Majistret Lenggong.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga asing ditemukan mati dalam keadaan mayatnya terbakar di dalam kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan, Kuak, Lenggong.

Mayat lelaki warga Bangladesh itu ditemukan orang awam rentung terbakar sebelum memaklumkan kepada polis pada pukul 11.35 malam.

Difahamkan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring kira-kira 10 meter dari rumah pekerja.

Hasil bedah siasat ke atas mayat lelaki itu di Jabatan Forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma tumpul.

Sehubungan itu, tangkapan dilakukan ke atas seorang lelaki dipercayai rakan mangsa pada 10 September lalu di tepi jalan Kampung Jamuan, Kuala Kangsar pada pukul 4.30 petang. – KOSMO!
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... nuh-rakan-senegara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.053989 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list