CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2116|Reply: 2

Akhirnya....bernai kerana BENAR! Ebit Lew failkan saman terhadap Caprice dan Mondy Tattoo

[Copy link]
Post time 22-9-2023 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Ebit Lew failkan saman terhadap Caprice dan Mondy Tattoo

Gambar Ebit bersama Akberdin yang dikongsi di laman Instagramnya hari ini.



PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu peguamnya telah memfailkan saman terhadap Caprice dan Mondy Tattoo.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ebit memberitahu saman terbabit difailkan peguam yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

“Peguam saya, Dato’ Akberdin telah memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam pagi tadi,” tulisnya di laman Instagram.

Pada hantaran sama, Ebit turut berkongsi gambarnya bersama Akberdin.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, meminta Ebit supaya segera menghantar surat saman kepadanya susulan pendedahan yang dibuat menerusi podcast bersama Mondy baru-baru ini.

Caprice berkata, permintaan itu bagi membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah itu beserta bukti.

Di dalam video yang dimuat naik di Instagram Caprice itu, Mondy mendakwa dia tidak pernah belajar mengaji serta solat seperti yang dikatakan oleh Ebit sebelum ini.

Malah menurut Mondy, dia juga tidak pernah bertemu dengan isteri pendakwah terbabit.

Dalam pada itu polis semalam mengesahkan Ebit turut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol atas laporan yang dibuat oleh Mondy baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dilaporkan berkata, setakat ini pihaknya telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes tersebut.

Katanya, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis dakwaan rogol terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... e-dan-mondy-tattoo/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2023 11:11 PM | Show all posts
simple.....klu salah buat apa nk buang duit byr lawyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2023 11:11 PM | Show all posts
yg lg 1 pihak x sudah2 nk menyebarkan AIB....banyak lagi kerja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.036865 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list