Seorang individu mendedahkan YouTuber yang terkenal dengan konten pergaulan bebas didakwa mengganggu ketenteraman penduduk di sebuah kawasan perumahan mewah.
YouTuber itu didakwa menyewa sebuah banglo dan bersekedudukan dengan teman wanitanya.
Foto: IG
Banglo tersebut turut dijadikan sebagai studio penggambaran untuk menghasilkan konten selain didakwa tidak melunaskan hutang sehingga pemiutang datang menuntut wang di rumahnya.
"Duduk bersama awek serumah tanpa nikah, tak hormat privasi jiran, nak buat studio dekat situ, tak bayar hutang orang sampai orang ke rumah minta hutang, staff biadab yang asyik bergaduh dengan guard. Jam 1.30 pagi prengg kereta, exhaust bising, parking dekat rumah orang, berdua-duaan dalam gelap dekat taman dan macam-macam hal lagi."
Dia turut menyifatkan YouTuber berkenaan sebagai seorang yang tidak sensitif terhadap privasi penduduk di kawasan tersebut selain tidak menjaga tingkah laku serta batas agama.
"Orang berada ni sanggup beli rumah berjuta sebab nak tenang, nak privasi, nak rehat. Datang budak YouTuber baru nak merasa pegang duit banyak sikit, buat hal dekat perumahan mewah. Marah la penduduk setempat yang lama, dah duduk dengan aman damai.
"Dik, kau kaya, kau banyak duit orang sikit pun tak heran. Ramai lagi orang jauh lebih kaya dari kau. Adab tu paling penting dan utama. Duduk hidup setaman, kena la bertolak ansur, hormati jiran tetangga, patuhi hukum agama.
"Nak bebas melalak buat hal sendiri, beli tanah empat ekar, buat banglo dalam tu dan pagar kasi tinggi tak ganggu orang lain. Lantak kau dekat situ nak buat apa. Bab dosa pahala tanggung sendiri.
Dia juga bimbang terhadap kandungan video yang dihasilkan oleh YouTuber tersebut kerana didakwa tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan kanak-kanak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendesak agar pihak Jabatan Agama Islam mengambil tindakan segera dengan membuat serbuan ke kediaman YouTuber berkenaan. -CARI