CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3928|Reply: 8

Tak Terima Hakikat Markah 'Exam' Teruk, Pelajar Sempat Tanya Khabar Sebelum Tetak Guru Madrasah

[Copy link]
Post time 26-9-2023 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar tergamak menetak guru kelasnya menggunakan sabit gara-gara tidak berpuas hati dengan markah ujian semester yang diberikan.


Guru malang tersebut, Fathkur yang mengajar di Madrasah Aliyah Yasua Demak, Indonesia ditetak muridnya sekitar pukul 9.30 pagi Isnin.


Selepas menetak guru tersebut, murid itu membuang barang bukti yang terdapat dalam kelas dan melarikan diri dengan menaiki motosikal.


Foto: Majoriti




Kejadian itu berlaku sewaktu Fathkur sedang menjadi penyelia bagi ujian pertengahan semester di sekolah berkenaan.


Guru itu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital di Semarang.


Sementara itu, Polis Demak, Asisten Komisioner Winardi tampil mengesahkan kejadian itu.


“Memang ada tikaman,” katanya.


Jelasnya, pihak polis ketika ini masih belum mengetahui lokasi sebenar suspek.


“Buat masa ini kita masih mengejar suspek kerana dia sudah masih melarikan diri,” ujar Winardi.


Menurutnya lagi, murid itu agak beremosi dan tidak dapat menerima keputusan peperiksaannya yang dikatakan teruk.


"(Suspek) tidak boleh menerima grednya setelah keputusan ujian diedarkan,” jelasnya.


Sementara itu, menceritakan kejadian tersebut, guru besar sekolah berkenaan, Masrukin memberitahu, suspek secara tiba-tiba datang dengan menaiki motosikal dan meluru masuk ke dalam bilik darjah.


Sebelum masuk ke dalam bilik tersebut, suspek sempat bertanya khabar terlebih dahulu, sebelum menetak guru itu menggunakan sabit yang disembunyikan di belakang punggungnya.


“Cikgu (mangsa) sedang duduk di meja sambil mengawasi pelajar yang sedang membuat ujian, tiba-tiba suspek datang dan masuk ke dalam kelas


"elajar (suspek) sempat bertanya khabar terlebih dahulu sebelum menetak guru tersebut,” jelasnya lagi.-CARI


Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 03:07 PM | Show all posts
sendiri bodoh x boleh terima lak..nasib ko la hidup indenial sangat
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 03:30 PM | Show all posts
Ku kira di India rupanya di Indon caprut pekalongan kabupaten
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sempat lagi bersopan santun bertanya khabar adoyai mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kerana KPI isteri, mati org ppd tu. Markah aje pun. tapi utk sstgh org sampai mati dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 01:32 PM | Show all posts
kepompong replied at 26-9-2023 05:04 PM
kerana KPI isteri, mati org ppd tu. Markah aje pun. tapi utk sstgh org sampai mati dibuatnya

Klau kat Jepun or SKorea, dpt grade rendah mknanya mmalukan parents, so sesetnghnya ambil kputusan utk bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia fikir dia terpaling pandai dalam sosmed dan Cari forum macam kemaruk friska.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw kan sy ada persoalan la melibatkan markah tp darjah di sekolah malaysia. Mcmna cikgu2 nak calculate ya? Sb baru2 ni anak sy dapat markah 85-90+ utk pendidikan islam, mcmna dia dapat tp4? Paling tinggi pun tp5 dgn markah 90+ bahasa arab, sains 80+ tp5 jugak. Baru2 ni anak yg sekolah menengah pun 90+ pun dapat tp5. Sy dah tanyakan mcmna boleh dapat tp5 tp mungkin susah dgr nak terangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 05:23 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.209275 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list