View: 2463|Reply: 0
|
Penembak India cipta rekod dunia
[Copy link]
|
|
TRIO India bersama pingat emas mereka selepas memenangi acara 10m air rifle berpasukan.
Hangzhou, China: India mencipta rekod dunia pertama di Sukan Asia Hangzhou dalam acara 10 meter (m) air rifle berpasukan lelaki semalam.
Trio India terdiri daripada Divyansh Panwar, Rudrankksh Patil dan Aishwary Tomar mencatat 1,893.7 mata sekali gus memecahkan rekod sebelum ini milik China iaitu 1,893.3 mata yang dilakukan di Baku bulan lalu.
Kemenangan itu juga menghadiahkan pingat emas pertama India di temasya Huangzhou ketika tuan rumah terus mendominasi dengan meraih 39 pingat emas setakat pagi ini.
"Dalam acara 10m kedua-dua mereka penembak sempurna," kata Tomar mengenai rakan sepasukannya. "Beraksi dengan mereka memang membanggakan, ia benar-benar bagus."
Satu lagi rekod dunia dicatat penembak China Sheng Lihao dalam acara 10m air rifle selepas catatannya 253.3 mata mengatasi rakan sepasukan Yu Haonan yang mencatat 252.8 mata di Rio empat tahun lalu.
"Saya mempunyai nasib yang baik di final. Saya melakukannya dengan bagus hari ini, semuanya berjalan lancar," kata Sheng.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-cipta-rekod-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|