View: 742|Reply: 0
|
'Dapat gangsa tapi macam menang emas' - Fadhil
[Copy link]
|
|
UMAR Hasbullah (kiri), Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom (kanan) meraikan kejayaan mereka meraih pingat gangsa. FOTO AFP
Hangzhou: Biarpun gagal mengulang pencapaian meraih pingat perak lima tahun lalu di Sukan Asia Jakarta-Palembang, trio lelaki negara tetap berpuas hati dengan pencapaian gangsa yang diraih di temasya Sukan Asia, Hangzhou kali ini menerusi acara pecut berpasukan.
Gangsa yang diraih itu begitu besar maknanya buat ketiga-tiga pelumba negara terdiri daripada Umar Hasbullah, Muhammad Ridwan Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zonis.
Ia memperlihatkan bahawa percaturan ketua jurulatih, John Beasley mempertaruhkan pelumba muda menjadi dalam usahanya meneruskan penguasaan negara di pentas antarabangsa.
Bagi pelumba berpengalaman Fadhil berkata, dia merasa bangga dengan pencapaian Umar dan Ridwan yang tidak kenal erti putus asa.
"Biarpun gangsa, kami dah rasa macam menang emas. Saya gembira dengan prestasi dua pelumba muda negara apa yang mereka sudah buat untuk pasukan.
"Kami beri segalanya ketika aksi penentuan pingat itu.
"Terima kasih kepada semua, pasukan dan staf yang lain kerana tanpa mereka kami tak akan dapat pingat gangsa ini," katanya.
Terdahulu pada aksi penentuan pingat gangsa, trio negara mempamerkan kayuhan bertenaga menamatkan saingan dengan catatan 44.165s untuk menewaskan wakil Taiwan, Yang Sheng-Kai, Kang Shih-Feng dan Hsiao Shih-Hsin apabila merekodkan 44.276s.
Emas menjadi milik pasukan Jepun, Yoshitaku Nagasako, Kaiya Ota dan Yuta Obara selepas merakam masa 42.934s yang juga rekod baharu temasya, manakala Guo Shuai, Zhou Yu dan Liu Qi daripada China meraih perak dengan catatan 42.968s.
Esok Fadhil sekali lagi akan turun beraksi dalam acara keirin bagi mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Datuk Azizulhasni Awang berikutan penarikan dirinya kerana kecederaan.
Namun Fadhil menegaskan bahawa tiada sebarang sasaran ditetapkan dalam acara itu berikutan ia adalah penyertaan pada saat akhir.
"Saya tak nak letakkan tekanan. Saya akan menikmati perlumbaan dan berikan yang terbaik untuk negara. Itu saja," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -menang-emas-fadhil |
|
|
|
|
|
|
| |
|