View: 3745|Reply: 0
|
Pelayaran tuai pingat pertama negara
[Copy link]
|
|
Pelayaran tuai pingat pertama negara
MUHAMMAD ASNAWI memenangi pingat pertama buat Malaysia menerusi acara ILCA 4 sukan pelayaran pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di China semalam.
PENANTIAN pingat pertama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 berakhir selepas atlet pelayaran, Muhammad Asnawi Iqbal Adam memenangi pingat gangsa menerusi acara ICLA 4 lelaki semalam.
Pada pusingan akhir yang berlangsung di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan itu, Asnawi menamatkan perlumbaan ke-11 di kedudukan kesembilan, namun 42 mata yang diraih membolehkan dia merangkul gangsa.
Pencapaian itu sekali gus menyaksikan Asnawi mengekalkan rentak konsisten apabila dia turut meraih gangsa dalam acara sama ketika menggalas cabaran negara pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 Mei lalu.
Kejayaan Asnawi merangkul pingat pertama negara pada Sukan Asia nyata mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang turut mengalungkan penghargaan buat atlet berusia 17 tahun itu.
“Pingat pertama negara daripada sukan pelayaran menerusi acara ILCA 4 lelaki. Tahniah Muhammad Asnawi Iqbal Adam menang pingat gangsa untuk Malaysia,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter miliknya.
Dalam pada itu, pingat emas menjadi milik Weka Bhanubandh dari Thailand yang melakukan catatan 19 mata, manakala atlet Singapura, Isaac Goh meraih perak apabila merekodkan 21 mata.
Sementara itu, Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen mengikut jejak langkah Asnawi apabila turut memenangi gangsa dalam acara windsurfing RSX wanita selepas mengharungi 14 pusingan perlumbaan dengan 43 mata.
Atlet Thailand, Kaewduang Ngam Siripon merangkul pingat emas selepas melakukan catatan 18 mata sementara Ngai Wai Yan dari Hong Kong meraih perak apabila mengutip 20 mata.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... gat-pertama-negara/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|