CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1371|Reply: 0

Tahap mental Antony OK, baru boleh main- Ten Hag

[Copy link]
Post time 30-9-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

ANTONY. FOTO Agensi

London: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag meletakkan syarat terhadap pemain kontroversinya, Antony sebelum boleh kembali diturunkan bersama pasukan.

Ten Hag berkata, beliau mahu tonggak kelahiran Brazil itu membuktikan dirinya benar-benar bersedia sepenuhnya termasuk persediaan mental sebelum menyenaraikan namanya.

Menurutnya lagi, pintu pasukan sentiasa terbuka buat Antony namun pemain sayap lincah itu perlu buktikan mentalnya ketika ini berada pada tahap terbaik.

"Buat masa ini saya tidak boleh mengesahkan apa-apa mengenai kedudukan dia (Antony) selepas dia kembali semula ke pasukan," katanya.

"Saya sudah bercakap dengannya, tetapi saya tidak boleh menyatakan yang dia benar-benar bersedia termasuk keadaan mentalnya.

"Esok (hari ini) dia akan mula berlatih bersama pasukan. Pasukan akan kembali fokus kepada latihan dan persediaan untuk perlawanan, dan ia termasuk dia," katanya.

United dijadual menanti kunjungan Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi meneruskan momentum kemenangan selepas menang 1-0 ke atas Burnley minggu lalu.

Semalam, Antony dilaporkan sudah memberi keterangan selama lima jam di balai polis Manchester atas dakwaan penderaan yang dibuatnya terhadap bekas kekasih, Gabriela Cavallin.

Media melaporkan bahawa dia disoal siasat selama lima jam dan dilihat meninggalkan balai polis kira-kira jam 9 malam.

Antony sebelum ini diberikan cuti rehat oleh United awal bulan ini dalam usaha untuk menyelesaikan dakwaan yang dibuat oleh Cavallin dan dua wanita lain.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -boleh-main-ten-hag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.196286 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list