|
Luahan seorang individu menjadi bualan hangat di media sosial.
Lelaki itu mendakwa terjebak dengan konten ‘dark side’ (lucah) iaitu keinginan dan fantasi seksual walau pun dah berkahwin.
Tambahnya keinginan tersebut terjadi disebabkan si isteri yang kurang melayan permintaan nafkah batinnya.
Gambar Hiasan
Dia mula tertarik dan kerap melihat konten satu akaun ‘dark side’ namun tidak tahu siapakah gerangan di sebalik video tersebut kerana wanita itu tidak menunjukkan wajah.
Namun akhirnya dia baru mengetahui bahawa pemilik akaun tersebut merupakan isterinya sendiri.
"Ada satu akaun ni, saya suka tengok konten akaun dia. Memang akaun tak pernah tunjuk muka, jadi memang tak ada idea siapa orang tu.
"Saya baru tahu baru-baru ni, rupanya pemilik akaun dark side tu adalah isteri saya. Ya, memang dia."
Dia terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Kisah yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai respon daripada wargamaya yang rata-ratanya menyifatkan bahawa jodoh itu adalah cerminan diri kita.
Malah, tidak kurang juga ada yang mempersoalkan bagaimana seorang suami tidak dapat mengecam tubuh badan isteri termasuklah pakaian yang dipakai wanita itu ketika merakam video tidak senonoh terbabit. -CARI |
|