CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42345|Reply: 338

kaedah perubatan sains islam dan melayu kuno

  [Copy link]
Post time 21-1-2011 02:13 PM | Show all posts |Read mode
assalammualaikum...

aku buka thread ni untuk membantu perawat2 dan pesakit supaya dapat tahu ape masalah yang dihadapi...

banyak faktor2 yang harusnya kita kaji dahulu...

kepada pesakit2 atau perawat yang mempunyai ilmu yang nak berkongsi bersama bolehlah masukan ape2 fakta2 yang korang miliki dan kita juga dapat berbincang dengan lebih mendalam lagi... aku harap dengan cara ini kita dapat membantu sesama sendiri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2011 02:21 PM | Show all posts
wah..banyaknye thread sis dah bukak dlm satu masa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:24 PM | Show all posts
Reply 2# melinda_gordon


    hi mel

byk buka thread,  byk ilmu dan pengetahuan serta pengalaman dapat dikongsikan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:28 PM | Show all posts
Reply  melinda_gordon


    hi mel

byk buka thread,  byk ilmu dan pengetahuan serta pengal ...
linamys Post at 21-1-2011 14:24



    hi kak..mmgla..tu mel tau..

tapi kengkadang mel terkonfius mana satu yg mel nak komen..heheheh
sbb kdg2 teringat thread wak tom..rupenye thread sis azad..sbb tajuk mcm nak dekat same je
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:31 PM | Show all posts
Ya betul tu TT,byk pengalaman dan byk pendapat masing...TT dah buka rumah baru....sy lebih suka jadi SR je....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:35 PM | Show all posts
Reply 4# melinda_gordon


    betul gak tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2011 02:37 PM | Show all posts
Reply  melinda_gordon


    betul gak tu...
linamys Post at 21-1-2011 14:35



    tula..hehehe..akak jom la lepak GPR..da lama tak borak ngan akak..ni umah org ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 02:42 PM | Show all posts
melayu kuno??? hmmm.. rasanya ni bayak guna jinjin belaan yg dtinggalkan tok nenek nihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2011 02:55 PM | Show all posts
topik asas... AIR

dalam badan kita mempunyai 80% air.. dan bumi 80% air..

yang aku nak cerita ni adalah air..

air ni mempunyai sel2 yang membaikkan kita dan membunuhkan kita...

macam mana air boleh bunuh kita??? dan juga boleh baikkan kita??
senang je caranya nak baikan kita... hanya membaca surah2 Al-Quran air tu akan bertukar menjadi bintang2... berwarna putih bersinar2....

jika kita berkata benda yang memburukan air itu akan menjadi ketulan minyak yang pekat dan akan membunuh kita tanpa sedar...

contoh2 wajah sel2 air yang baik..

[img][/img]        [img][/img]


sel2 air yang jadi jahat...

[img][/img]







untuk pengetahuan semua... kenapa air jadi macam ni sebab air adalah perakam.... ape sahaja yang kuar menjadi satu gelombang suara akan merakamkan semua yang ada....

ok ape kaitannya dengan islam???

kaitannya ada..

Allah tidak membenarkan kita mengutuk dan mengumpat sesama kita sendiri kerana perbuatan itu adalah berdosa besar... apatah lagi memfitnah sesorang.... air itu akan berubah menjadi jahat.... ape kaitan dengan diri kita.... ada kaitannya kerana badan kita mengandungi air 80%.. jadi air di dalam badan itulah akan merakamkan segala percakapan kita.. dan akan membunuh kita tanpa kita sedar...

ape kaitan dengan melayu kuno..??
ada kaitan.. dengan mandian dan minuman...

apa bila kita nak mandi kita membaca ayat2 kursi ataupun kita berniat serta selawat akan berubah menjadi bintang2... bintang2 itu tadi akan meresap ke dalam tubuh dan akan memulihkan aura badan ataupun atom2 keliling badan supaya menjadi kuat.... sama juga kita minum bintang2 itu akan masuk ke dalam badan kita dan akan rawat badan kita tanpa kita sedar....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 03:03 PM | Show all posts
ok ni aku nak sambung lagi pasal air k

kaedah melayu kuno..

kebanyakan suka buat mandian bunga... tambah pula mandi tengah2 malam masa bulan mengambang kebanyakan orang kata kurafat dan syirik... sebenarnya bukan syirik atau kurafat... bulan bila mengambang akan menarik semua aura dalam bumi akan naik ke atas... sama taraf... jadi air juga akan jadi naik... selalukan kita dengar air surut air naik ikut hari dan bulan...

macam tu juga dalam rawatan melayu kuno... bila nak mandikan sesorang yang bermasalah aura... tetapi orang kita kata untuk buang sial dan tah ape tah lagi aku pun xtahu... sebenarnya mandian bunga ni akan membantu merawat tubuh kita mengukut niat kita... dengan bungan tu tadi.. bunga pulak ada gelombang tersendiri untuk membantu merawat dengan menggunakan kaedah air... apabila bulan mengambang akan kuar semua aura dan gelombang yang tinggi untuk merawat tubuh si pesakit tu tadi.... itulah kehebatan perubatan melayu kuno... tidak menggunakan jin2 atau syaitan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 03:25 PM | Show all posts
terima kasih atas thread yang sangat interesting nih!! especially mengenai mandi bunga tu..saya sudah lama berumah tangga dan agak sukar mendapat anak..(gugur 3 kali..) pelbagai cara dan rawatan telah di-lakukan dalam dan luar negeri(modern, lama etc..). dan adelah seorang teman pelawa saya berjumpa dengan seorang nenek nih..kebetulan saya demam tak baik2 (selepas kejadian atas arwah ibu mertua saya..) saya lihat nenek cuma mandikan saya (dua kali) dan berdoa dan berkata saya akan dapat anak yang comel..InsyaAllah..mungkin rezeki, berkat doa juga..Sampai sekarang saya dan anak perempuan saya bermandikan air bunga dalam sebulan sekali..atau bila2 sebab saya suka bau bunga dan air limau purut tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 03:26 PM | Show all posts
mandi tengah malam.. bwah jambatan.. apa lak tu jenisnyer.. yg tahu byak jin tnah mlm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 05:23 PM | Show all posts
yang itu aku tak tahu.. sebab xada langsung dalam kamus melayu kuno....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2011 07:11 PM | Show all posts
ok ni aku nak sambung lagi pasal air k

kaedah melayu kuno..

kebanyakan suka buat mandian bung ...
eazzad Post at 21-1-2011 15:03



    salam TT, ada thread baru. best best.

memang betul, aku banyak dah dgr ustaz ustaz cakap khurafat bila mandi air bunga. katanya itu amalan hindu. tapi hakikatnya bagi aku ialah niat kita. bunga ni Allah jugak yg ciptakan, dan Allah jua berikan aura aura tertentu pada bunga, jadi kita sebagai manusia yg dikurniakan akal. pepandailah meneroka ilmu Allah yg maha luas ni.

begitu jua dgn garam dan limau. ada plak minta dalil dan hadis mana suh berubat pakai garam dan limau. nabi tak ajar katanya. aduii....penat kan nak layan mcm ni?

bagi aku la yg tak pandai ni....yang penting ialah itikad kita bahawa :

1. penggunaan bahan bahan alamiah seperti bunga, garam dan limau tidak salah selagi itikad kita benar. iaitu bahan ni hanyalah asbab sahaja, yg sembuhkan tetap Allah.

2. Allah ciptakan bahan bahan alamiah tanpa sia sia, ada hikmah dan rahsianya, maka kitalah yg harus mencarinya. setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut.

3. asalkan jgn gunakan bahan bahan yg ternyata haram seperti tulang khinzir, arak dll. (arak tu ada gak pendapat bole guna dikala darurat dimana segala usaha dah try tapi tak berhasil).

Allah lebih mengetahui.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2011 09:09 PM | Show all posts
ye... nanti aku ceritakan pasal garam dengan limau...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 01:52 AM | Show all posts
topik asas... AIR

dalam badan kita mempunyai 80% air.. dan bumi 80% air..

yang aku nak cerita  ...
eazzad Post at 21-1-2011 14:55


para bomoh yg membuat santau juga ada yg gunakan tuju melalui air kan... tetapi bagi yg pandai tgk.. boleh tahu sesuatu air yg ada santau bila air panas, dibawahnya sejuk kan.. dan bagi yg berilmu, air yg disantau tuh, bila baca ayat2 surah al quran, gelas yg berisi air santau tuh boleh pecah... tul kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2011 01:53 AM | Show all posts
ye... nanti aku ceritakan pasal garam dengan limau...
eazzad Post at 21-1-2011 21:09



   bebaru nih aku mandi air limau, apa pulak tujuannya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 04:54 AM | Show all posts
ezzad cerita kan apa khasiat garam dan limau dan kesan pada jin dan syaitan ataupun sebagainya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2011 08:00 AM | Show all posts
asas garam...

garam adalah 1 ketulan kristal.. dan juga mempunyai bunyi yang kuat.. dan bunyi tu tidak akan didengar oleh manusia... garam berbentuk kristal apabila terkena 1 cahaya akan terpantul cahaya yang menyilaukan mata pada makhluk tuhan ni... dan garam juga mempunyai bunyi yang kuat membuatkan makhluk Allah ni takut mendegar dan berdesing yangboleh meyakitkan telinga...

untuk mengenal kandungan garam bukit... 84 natural untuk badan manusia..
garam laut pula Garam di laut sangat berbeda dengan garam di atas meja Anda. Garam di laut sebenarnya merupakan larutan yang sangat kompleks dan mengandung lebih dari lima puluh garam mineral alami. Dalam air laut, kandungan sodium klorida (garam dapur) yang paling melimpah, sedangkan mineral lainnya dalam konsentrasi rendah antara lain garam kalsium (kalsium karbonat, magnesium sulfat, dan magnesium bromida). Tambahan lagi
ada sedimen terlarut dan batu-batuan dari dasar laut, materi dari sisa-sisa mahluk hidup yang mati dan air. Garam terlarut dibawa ke laut dari sungai dan aliran air, hampir 4 miliar ton per tahun.

Para ilmuwan berpkikir bahwa total jumlah garam di semua laut mungkin hampir 50 juta milyar ton. Konsentrasi garam pada kebanyakan air laut adalah tiga puluh lima per mil, yang berarti bahwa 3.5% berat air laut berasal dari garam terlarut.


Kuasa Garam Untuk Bertukar

Dari kaca mata sains , garam mempunyai nilai yang unik . Berbanding struktur kristal yang lain , struktur atom garam bukan berbentuk molekul tetapi berbentuk caj elektrik. Fakta ini membuktikan garam mampu berubah bentuk . Semasa kristal Kuarza direndam ke dalam air ia langsung tidak bertukar menjadi molekul walaupun ia berstruktur kristal .Sungguh pun kristal boleh membekalkan tenaga, corak frekuensi tenaga bergantung kepada corak air , yang dengan mudahnya terlarut . Kristal Kuarza berkeadaan kekal . Ia terlalu kaku untuk larut atau dikaitkan dengan polaritinya .

Apabila garam larut dalam air , ia mencair semasa itu terbentuklah sole (so-lay).Sole adalah berupa bukan air bukan juga garam. Sebaliknya apabila berlaku proses penyejatan sole menjadi garam semula .Perubahan garam ini tidak menentukan yang ia tidak semestinya berlaku proses metabolise dalam badan kita . Kanji akan bertukar menjadi gula , protein akan menjadi asid amino dan lemak pula bertukar menjadi gliserin dan asid . Garam tetap garam . Ia secara terus dapat digunakan didalam sel badan dalam bentuk ion yakni sole .Semua makanan mesti berpecah mengikut polaritinya supaya badan dapat menggunakannya. Tetapi garam terus kekal dalam bentuk asalnya malah ia memasuki bahagian otak kita .


               

Asal Usul Garam Bukit



Asal usul Garam Bukit

Garam Bukit ™ adalah berasal dari sumber alam semulajadi iait dari pergunungan Himalaya di sebuah kawasan bernama Karakoram di timur negara Pakistan. Garam Bukit telah wujud dengan semulajadinya sejak jutaan tahun yang lalu dan merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang pencemaran

Kandungan Garam bukit

100% Asli – Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia:

hydrogen, lithium, beryllium,boron,carbon,nitrogen,oxygen,fluoride,sodium, magnesium,aluminum,silicum,phosphorus,sulfur, chloride, calcium, scandium,titanium,vanadium,chromium,manganese,iron,cobalt,
nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,
selenium,bromine,rubidium,strontium,yttrium,
zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium,rhodium,
palladium,silver,cadmium,indium,tin,antimony,
tellurium,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,
praseodymium,samarium,europium,gadolinium,
terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,
lutetium,hafnium,tantalum, fungsten,rhenium. Osmium,iridium,platinum,gold ,mercury ,thallium,lead,bismuth,
polonium,astatine,francium, radium,actinium,thorium,protactinium,
uranium,neptunium and plutonium.

Maklumat di bawah adalah dari Natural Resources, Inc., pengarang buku, "Water & Salt, The Essence of Life" oleh Dr. Barbara Hendel, MD and Biophysicist, Peter Ferreira.

Cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulukala yang wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu sehingga garam bukit terjadi. Garam bukit ini kelihatan jernih dan semulajadi . Ia terbentuk akibat berlaku tekanan. Semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya . Mengikut maklumat yang diperolehi garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geometrik pernah ditemui . Antara warna yang biasa didapati adalah putih, pink , oren kemerah-merahan . Lagi banyak kesempurnaan geometri garam makin tinggi nilainya. Samalah seperti berlian .

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai " Raja Garam atau emas putih " kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja . Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya . Dari sudut geologi garam ini juga dikenali sebagai " halite " ( garam biasa ) yang berkomposisikan sodium klorida .NACL .

Kuasa Garam Untuk Bertukar

Dari kaca mata sains , garam mempunyai nilai yang unik . Berbanding struktur kristal yang lain , struktur atom garam bukan berbentuk molekul tetapi berbentuk caj elektrik. Fakta ini membuktikan garam mampu berubah bentuk . Semasa kristal Kuarza direndam ke dalam air ia langsung tidak bertukar menjadi molekul walaupun ia berstruktur kristal .Sungguh pun kristal boleh membekalkan tenaga, corak frekuensi tenaga bergantung kepada corak air , yang dengan mudahnya terlarut . Kristal Kuarza berkeadaan kekal . Ia terlalu kaku untuk larut atau dikaitkan dengan polaritinya .

Apabila garam larut dalam air , ia mencair semasa itu terbentuklah sole (so-lay).Sole adalah berupa bukan air bukan juga garam. Sebaliknya apabila berlaku proses penyejatan sole menjadi garam semula .Perubahan garam ini tidak menentukan yang ia tidak semestinya berlaku proses metabolise dalam badan kita . Kanji akan bertukar menjadi gula , protein akan menjadi asid amino dan lemak pula bertukar menjadi gliserin dan asid . Garam tetap garam . Ia secara terus dapat digunakan didalam sel badan dalam bentuk ion yakni sole .Semua makanan mesti berpecah mengikut polaritinya supaya badan dapat menggunakannya. Tetapi garam terus kekal dalam bentuk asalnya malah ia memasuki bahagian otak kita .

Garam dan Aktiviti otak

Malah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita . Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku .

Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya . Bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif . Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium .

Dalam masa 1 /1000 saat , potensi elektrik berubah dan dibebaskan , dengan setiap denyutan saraf , 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan . Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku . Apalagi untuk berfikir , apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan.

Tindakan minum segelas air , memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan . Pada mulanya hanyalah fikir nak minum . Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet . Garam bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ .

Garam pada hari ini bukanlah garam biasa tetapi sodium klorida .
Garam asli sepatutnya terdiri daripada bukan hanya dua tetapi lengkap dengan semua unsur semulajadinya . Ini ada persamaan dengan unsur yang dibina oleh badan kita dan semulajadinya ditemui wujud dari " laut dahulukala " dimana semua hidupan bermula.

Yang menariknya , darah kita berbentuk sole , mengandungi sama larutan garam sebagaimana laut dahulukala iaitu cecair terdiri dari air dan garam. Nisbahnya kepekatannya sama , sebagaimana wujud berakhirnya hidup laut dahulukala . Sole ini mengalir menerusi lebih dari 56,000 batu aliran air dan salur darah menerusi hidupan kita dengan desakan graviti , terapung , mengawal dan mengimbang tugas dalam badan kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2011 08:13 AM | Show all posts
ok apa kaitan garam pulak pada manusia... manusia mempunyai caj2 elektrik magnetik positif dan negatif... apabila dimandikan dengan air garam ini caj2 magnetik badan akan berlaku... apabila berlaku jin2 da syaitan tidak tahan duduk dalam badan manusia lagi dan dia akan sakit terramat sangat kerana berlakunya perubahan dalam badna manusia tu menjadi elektrik yuang kuat yang membebankan oleh jin2 ini... secara xlangsung jin2 san syaitan akan sakit teramat sangat dengan penolakan dari tubuh badan manusia...

jadi msa inilah perawat2 senang nak membuang jin2 tersebut dengan mudah...

apa kaitan pula dengan melayu kuno...
melayu kuno menggunakan garam untuk memagar rumah sipesakit supaya krital2 garam itu akan terpantul cahaya yang menyilaukan... dan bunyi2 garam yang berdesing yang kuat... dan juga garam2 itu mempunyai caj elektrik yang kuat membuatkan kesan pada jin2 tersebut....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067983 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list