View: 3962|Reply: 0
|
Ketua Polis Negara guna perumpamaan 'kudis' dan 'kusta'
[Copy link]
|
|
Razarudin menjawab soalan media ketika hadir pada Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin Ke-76 Tahun 2023 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG
Georgetown: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menegaskan adalah lebih baik jika pihaknya memperbaiki kelemahan yang berlaku dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbanding bercerita keburukan itu di luar pasukan.
"Bagi saya, kita betulkan dalam ini (pasukan) dahulu, kalau saya nak bercakap macam ini saja (tetapi) tak ambil tindakan itu pun tidak betul.
"Jadi, lebih bagus perkara sebegini kita ambil tindakan dalaman (supaya) tak perlu cerita keburukan 'anak' kita yang ada kudis (kerana) orang cerita bukan ada kudis tetapi ada kusta sehingga orang tak mahu berkawan dengan kita.
"Bagus (sekiranya) kita cerita kepada orang apabila anak kita baik dan kita baiki kusta dia, orang pun akan terkejut malah akan tanya macam mana kita sembuhkan kusta itu dan pelajarinya.
"Daripada kamu hendak soal salah guna kuasa atau rasuah, itu saya tidak tolak tetapi ia hanya sebilangan kecil dan kita akan perbaiki," katanya pada sidang media di sini, tadi.
Razarudin ditemui pada Majlis Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke 76 di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Batu Uban di sini. Hadir sama ialah Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin.
Terdahulu, Razarudin mengulas mengenai amaran keras disuarakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap pegawai bawahannya supaya berhenti bersekongkol dengan sindiket jenayah.
Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, wujud situasi yang mana terdapat pegawai sanggup mengorbankan nyawa rakan setugas demi imbuhan wang daripada sindiket dengan memberikan maklumat salah dalam sesuatu operasi.
Razarudin berkata, mengenai 'sarjan beli kenderaan Vellfire' itu, adalah contoh apabila semangat bercakap akan berkobar-kobar.
"Memang ada berlaku, saya percaya tetapi mungkin isteri dia sarjan kadet diploma berkahwin dengan pegawai tinggi. Jadi kita benarkan dia pakai Vellfire.
" JIPS (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard) pun dalam pemeriksaan dan semakan pegawai bagi diisi pengisytiharan harta. Sesiapa hidup mewah kita akan siasat.
" Pada masa ini, kepimpinan tertinggi tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai terbabit dengan salah guna kuasa, rasuah serta tatakelola yang salah," katanya lagi.
Razarudin berkata, integriti memainkan peranan besar bagi meningkatkan imej PDRM dan paling penting ialah mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada pasukan itu.
"Kalau tanya saya ada pegawai atau anggota terbabit dengan sindiket, saya kena cakap, ada. Saya duduk (di kerusi) pengarah JSJN (Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik) dulu, memang ada. Jika kita lihat tahun ini sampai bulan Ogos lalu, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menangkap seramai 90 anggota termasuk pegawai PDRM dan jumlahnya terlalu sedikit.
"Tindakan kita ambil ialah membuka kertas siasatan dan tatatertib dengan sejumlah 881. Jika dibahagi dengan seramai 130,000 anggota dan pegawai, baru 0.6 peratus sahaja," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aan-kudis-dan-kusta |
|
|
|
|
|
|
| |
|