CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2134|Reply: 0

[Johor] Pupuk muafakat kejiranan

[Copy link]
Post time 17-10-2023 10:50 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) komited membantu masyarakat menerusi pelaksanaan Program Kebun Kejiranan di dalam kawasannya sejak Januari 2021.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, program itu adalah inisiatif yang mampu membantu kejiranan menjana pendapatan.

Katanya, ia juga berfungsi sebagai bank makanan selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri untuk memperkasakan agenda Food Security.

"Program kebun kejiranan bermula pada Januari 2021 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Aktiviti kebun kejiranan ini bertujuan meningkatkan pengalaman kejiranan dalam memastikan setiap zon boleh berfungsi sebagai kawasan kependudukan yang sempurna dalam menempuh situasi penularan wabak Covid-19.

"Sehingga Ogos lalu, sebanyak 27 kebun kejiranan sudah beroperasi dan semua kebun kejiranan ini menerima bantuan bekalan peralatan serta keperluan kebun kejiranan daripada MBJB," katanya ketika dihubungi.

Semalam, Harian Metro melaporkan komuniti setempat termasuk dalam kawasan taman perumahan dan rumah pangsa mengambil inisiatif mewujudkan kebun komuniti bagi mengurangkan kos sara hidup.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama pengurusan strata di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Mohd Noorazam berkata, bantuan bekalan merangkumi medium tanaman, peralatan kebun, bahan tanaman, stor peralatan, baja, racun dan set fertigasi mengikut keperluan dan kesesuaian di tapak.

Katanya, jumlah bantuan yang diberikan berdasarkan keperluan awal penanaman untuk jumlah 200 anak pokok.

"Peruntukan yang disediakan oleh MBJB untuk bekalan peralatan dan keperluan kebun kejiranan pada tahun ini sebanyak RM296,700.

"Sebahagian besar hasil tanaman dijual dan wang hasil jualan digunakan sebagai modal pusingan untuk menampung kos pengurusan atau pelaksanaan aktiviti bagi memastikan program kebun kejiranan dilaksanakan secara berterusan.

"Selain itu, sebahagian kecil hasil tanaman juga diagihkan kepada penduduk sekitar kejiranan.

"Ia bagi menampung keperluan harian, sekali gus dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -muafakat-kejiranan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.053371 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list