CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3508|Reply: 12

Marfa lights,Lampu hantu?

[Copy link]
Post time 26-1-2011 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by medangmru at 26-1-2011 18:39



Uploaded with ImageShack.us



Misteri ‘Hantu Lampu’ Marfa tersebar dari mulut kemulut. Pertama kali bermula di Mitchell Flat, sebelah timur Marfa, Texas.“Cahaya Misteri Marfa”,nama ini diberikan kerana lokasinya terletak denganbandar Marfa.Marfa adalah sebuah bandar perternakan kecil di dataranGurun Chi hua hua di daerah Trans –Pecos dari barat Texas.


Bandar Marfa dikenalikerana Marfa Mystery Lights dan juga kerana ia adalah lokasi untuk shootingfilem klasik “Giant” dengan watak utamanya adalah Rock Hudson, Elizabeth Taylor,Dennis Hopper dan James Dean. Lampu digambarkan sebagai ukuran bola keranjang,melayang di udara pada tahap ketinggian bahu manusia. Warnanya biasanyadigambarkan sebagai putih, kuning, oren atau merah,kadang-kadang warna biru danhijau juga dilaporkan. Lampu ini juga kadang-kadang muncul secara berkelompokatau berkumpulan. Kemunculan lampu misteri ini jarang kelihatan tetapi terdapatbanyak bukti dari segi fotografi dan video.



Laporan tentang wujudnya ‘hantulampu’ ini pertama kali adalah pada tahun 1957, oleh Robert Reed Ellison (lahirtahun 1880).
Namun sebahagian menganggapnyahanya cerita biasa. Yang skeptic menganggap itu ada kaitannyadengan lalu lintas yang lewat di
USRoute 67. Setakat ini masih tidak ada laporan rasmi mengenai sesiapa yang berhasil mendekati lampu tersebut..Kebanyakan laporan hanya melihat lampu dari kejauhan.Lampu Hantu dari Marfa masih bersinar terang seperti sebelumnya dan masih masihmenjadi misteri alam sejak kali pertama peneroka datang membuat penempatan awaldaerah Marfa pada tahun 1883.


Robert Ellison datang ke Marfa pada tahun 1883 dan bekerjasebagai peternak di Alpine. Dia sedang berkemah di luar Paisano Pass, apabilatiba tiba dia melihat lampu aneh dari kejauhan. Pada awalnya, dia berfikirlampu itu adalah signal kebakaran dari puak Apache.Mr Ellison mencari desa tersebut dengan menunggang kuda. Dia akhirnya menyedari bahawa lampu tersebut bukan buatan manusia. Terdapat juga penduduk awal kampungtersebut memberitahu Robert Ellison bahawa mereka juga telah melihat lampuhantu tersebut tetapi mereka tidak pernah dapat mengenali atau menjejakinya. Cahaya Marfa dilaporkandalam diameter 1-10 meter.


Ianya berbentuk bulat dan dalam warnakemerahan-jingga. Dalam berbagai pengamatan ternyata ukurannya bervariasi danterbang dengan kecepatan tinggi. Banyak foto dan video telah menangkap lampudalam aksi ini. Marfa Lights umumnya dianggap tidak berbahaya,bahkan ianya dikabarkantelah membantu orang hilang sewaktu ribut salji dengan menyediakan kehangatandan menuntun pulang.




Lampu hantu ini juga muncul dalam cara yangberbeza untuk orang yang berbeza. Beberapa orang bersumpah telah melihatnyaterpisah dan membentuk bola cahaya. Yang lain memberitahu bahawa mereka telah melihatnya bergerak keatas dan ke bawah. Kadang-kadang lampu itu terpadam, pudar dan tampaknya akansurut. Ada juga orang mengatakan dikejar oleh lampu hantu tersebut.


Pada tahun 1947, Fritz Kahl, seorang veteranperang dan pilot, mengejar Cahaya Hantudengan kapal terbang, tapi tidak berhasil. Pada tahun 1975, Kahl membuat usahalain, kali ini dengan team yang termasuk pemerhati dalam jeep dan pesawat. The“Marfa Light Ghost Hunt,” seperti yang disebut, “lebih dari seratus pemantau carloads berkumpulantara dua titik pemerhati, satu di Paisano Pass dan yang lainnya di pintumasuk Presidio ” menurut Sul Ross dari majalah Skyline.


Para pencari, “menggunakanpesawat, alatan mencari, peralatan multi-band radio dan tidak ada yangberhasil.Lampu misterius
Marfa merupakan kawasan yang telahdisediakan untuk public di Highway 90, oleh department Texas Highway. Daerah initerletak sembilan batu sebelah timur Marfa. pemerhati cahaya Ghost dapatmelatak kereta di daerah ini dan mengamati cakrawala barat, melihat ke arahChinati Peak. Menggunakan menara lampu jauh merah sebagai penanda, salah satuuntuk meyakinkan bahwa setiap cahaya di sebelah kanan penanda, yang muncul danmenghilang, adalah cahaya misterius Marfa. Anda akan tahu cahaya itu saat Andamelihatnya.
bagi aku...jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2011 02:09 PM | Show all posts
apsal paragaraph aku bersimpang sior ni..?:@
aku dah edit td..adoiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 04:35 PM | Show all posts
kalau kat Malaysia, nampak lampu mcm ni, terus tutup pintu tingkap..mat salleh siap pi kejar...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 05:06 PM | Show all posts
pening2 biler tengok..belum baca lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 05:10 PM | Show all posts
hehe tengok perenggan, adehh sebelum pening tayah baca lagi. TT kami sabar menunggu TT edit perenggan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2011 06:20 PM | Show all posts
mlm ni ceq edit na...ptg ni nk kena jadik isteri dan ibu penyayang..buat hi tea kat derang..kekekek..
mast salleh mmgla..derang trus kejar benda2 pelik camtu..nanti nk carik pic lain lg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2011 08:15 PM | Show all posts
xleh nak bayangkan camna rupa lampu marfa tu
adakah ianya cam yg org melayu kata tuju2 tu
atau bebola api biasa
tapi tulah mat salleh pasti akan buat kajian
oh yea kat cni pun ada gak yg ala2 group seekers iaitu temantidox
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 08:36 PM | Show all posts
apsal paragaraph aku bersimpang sior ni..?
aku dah edit td..adoiiiiiiiii
tenderfly Post at 26-1-2011 14:09


kalo kopipes @ taip dr word mmg jadi tungang langgang sket.. kalo rajin taip la balik.. waaaaaa!!.. hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2011 06:56 AM | Show all posts
Reply 8# skeezotone

adeh...kena retype balik la ni..kui kui kui..arini akan ku usahakan semula menaipnya kembali..dahla line slow cam cipan je ha..kekeke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 08:01 AM | Show all posts
Misteri Lampu hantu marfa tersebar dari mulut ke mulut. Pertama kali ianya berlaku di Mitchell Flat, sebelah timur Marfa, Texas. "Cahaya Misteri Marfa", nama ini diberikan kerana lokasinya terletak dekat dengan bandar Marfa.
Marfa adalah sebuah bandar perternakan kecil di Dataran Gurun Chihuahua di daerah Trans-Pecos dari barat Texas. Bandar Marfa dikenali kerana Mystery Marfa Lights dan jiga kerana ia adalah lokasi untuk shooting filem klasik "Giant" dengan warak utamanya adalah Rock Hudson, Elizabeth Talylor, Dennis Hopper dan James Dean.

Lampu misteri tersebut digambarkan berbentuk seperti cahaya berbentuk bola keranjang, melayang di udara pada tahap ketinggian bahu manusia. Sesiapa yang telah melihat lampu tersebut memberitahu bahawa lampu tersebut berwarna putih, kuning, oren ataupun merah. Terdapat juga laporan yang menyatakan kadang kadang lampu tersebut berwarna biru ataupun hijau. Cahaya misteri ini juga kadang kadang dilaporkan muncul secara berkelompok ataupun berkumpulan. Kemunculan cahaya misteri ini jarang kelihatan tetapi terdapat banyak bukti dari segi video dan gambar. Laporan tentang misteri hantu lampu ini pada pertama kalinya dilaporkan pada tahun 1883, oleh Robert Reed Ellison

Robert Ellison datang ke Marfa pada 1883 dan bekerja sebagai penternak di Alpine. Dia sedang berkhemah di luar Paisano Pass, apabila tiba tiba dia melihat cahaya aneh seperti lampu dari kejauhan. Pada mulanya dia berfikir lampu tersebut adalah signal kecemasan kebakaran puak Apachee. Beliau cuba mencari cahaya tersebut dengan menunggang kuda tetapi tidak berhasil mendekati cahaya tersebut. Akhirnya beliau menyedari bahawa cahaya tersebut bukanlah cahaya buatan manusia. Terdapat juga penduduk awal daerah tersebut memberitahu Robert Ellison bahawa mereka juga pernah bertemu dengan cahaya misteri tersebut dan mereka pernah cuba untuk menjejakinya tetapi mereka tidak pernah berhasil mendekati atau mengenal pasti cahaya tersebut.

Namun sebahagian dari orang ramai menganggap bahawa ianya adalah cerita bualan biasa. Yang sceptic menganggapnya berkaitan dengan lalulintas di US Route 67. Setakat ini masih tidak ada laporan rasmi mengenai sesiapa yang berhasil mendekati cahaya tersebut. Kebanyakan hanya berhasil melihat cahaya tersebut dari jauh. Cahaya misteri Marfa masih bersinar terang seperti sebelumnya dan masih menjadi misteri alam sejak kali pertama peneroka awal melihatnya pada tahun 1883 sewaktu mereka membuat penempatan di daerah tersebut.

Cahaya misteri Marfa dilaporkan berdiameter 1 - 10 meter. Ianya berbentuk bulat dan berwarna kemerahan-jingga. Dalam pelbagai pemerhatian, ternyata ukurannya bervariasi dan terbang dengan kecepatan yang tinggi. Banyak foto dan video telah berhasil menangkap imej lampu misteri dalam aksi ini. Marfa lights umumnya dianggap tidak berbahaya, bahkan ianya sering dilaporkan membantu orang yang hilang sewaktu ribut salji dengan memberikan kehangatan serta panduan untuk pulang dengan selamat.

Cahaya misteri ini juga dilaporkan muncul dalam cara yang berbeza untuk orang yang berbeza. Beberapa orang telah bersumpah bahawa mereka telah melihat cahaya tersebut dalam bentuk terpisah dan membentuk bola cahaya. Yang lain telah melihat cahaya tersebut bergerak ke atas dan ke bawah. Kadang kadang lampu tersebut terpadam, pudar dan seakan akan terpadam. Ada juga yang menyatakan bahawa mereka dikejar oleh lampu misteri tersebut.

Pada tahun 1947, Fritz Kahl, seorang veteran perang dan pilot telah mengejar cahaya misteri marfa dengan kapal terbang tetapi tidak berhasil. Pada tahun 1975, Kahl membuat usaha lain. Kali ini dengan team termasuk pemerhati dalam jeep dan pesawat. "The Marfa Lights Ghost" seperti yang disebut "lebih dari 100 orang pemerhati berkereta berkumpul di dua titik pemerhatian, satu kumpulan di Paisano Pass dan  satu kumpulan lagi di pintu masuk banda lama Presidio County Airport." Para pemerhati dan pencari tersebut menggunakan pesawat,alatan mencari,peralatan radio multiband dan team pencari yang ramai tetapi masih tidak berhasil mengenal pasti cahaya tersebut.

Tapak "Lampu misteri Marfa" merupakan satu kawasan yang telah disediakan untuk orang ramai yang berminat dengan paranormal di Highway 90, Bahagian lebuhraya Texas. daerah ini terletak 9 batu di sebelah timur Marfa. Pemerhati cahaya ini dapat meletak kereta di daerah ini dan mengamati cakerawala barat dan melihat ke arah Chinati Peak. Menggunakan cahaya menara lampu jauh sebagai penanda, anda akan tahu saat cahaya itu muncul kerana akan ada cahaya yang hilang dan muncul..dan anda akan tahu cahaya tersebut cahaya misteri marfa ataupun tidak...









adoi,penat menaip,naik lenguh tengkuk ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 08:02 AM | Show all posts
nanti2 aku tepek pic lagi..sekang bekpas teimm..lapo dah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2011 09:27 AM | Show all posts
kes kes penampakan cahya jugak direpotkn berlaku kat Norway dan timur laut Australia dan seme neh dinamakn Nocturnal Light (NL) phenomenon -
Nocturnal Light (NL) unexplained as they are, they are also referred to as UFO's.
di Norway dinamakn Hessdalen light
di timor laut Australia dinamaknn [size=100%]
Min's Light

kowrang bley search kat tenet

xplanation finding:
[size=100%]

1.piezoelectric efek


[size=100%]
2.fatamorgana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 01:33 PM | Show all posts
Reply 12# bluezink


   rupenya banyak agik cahaya2 misteri mat salleh ni..heheheh...kalau kat mesyia kira tanglung tu ajela eh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.060603 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list