View: 6549|Reply: 34
|
Kisah Ofismate Panjang Tangan
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Fieza-mira at 28-1-2011 20:30
Salam…semua,
Saya sebelum ni selalu bermain di bod misteri, legenda & isu semasa. Kali ni nak bermain kat sini pulaklah…lagipun saya nak cerita satu kisah ni & saya rasa sesuai cerita kat bod ni.
Kisah ni dah lebih 10 tahun berlaku. Masa tu saya kerja kat Wisma Central, Jalan Ampang. Bos saya seorang berbangsa Cina. Saya sebagai officer kat situ dan adalah beberapa kerani dibawah seliaan saya. Diantaranya ada 2 orang budak kerani yang berkawan baik. Kemana2 pergi mesti berdua, diorang nih.Tak kisahlah memang benda ni biasa kat mana2 ofis pun.
Saya namakan mereka Hanim & Ida (Bukan nama sebenar).
Satu hari kecoh satu ofis bila Hanim mengadu kepada bos yang duit dia dalam bank hilang. Duit tu dikeluarkan melalui kad ATM. Bank dia di tingkat bawah Wisma Central ni. Anehnya kad ATM ada kat dalam purse dia. Maknanya kad tak hilang, cuma duit jer yang hilang. Banyak jugaklah, dalam RM500 kalau tak silap.
Dia dah report dengan pihak bank tu dan bila disiasat, pihak bank dapat trace jam berapa & di ATM mana wang tu dikeluarkan. Orang tu keluarkan wang kat ATM situ jugak.
Semua staff dipanggil dan disoal siasat oleh bos sebab daripada petunjuk yang dia dapat mungkin kerja orang dalam ofis jugak bukan angkara orang luar.
Setelah disoal siasat dengan kepakaran mengugut & menggertak oleh bos kami tadi, akhirnya yang bersalah terpaksa mengaku. Kalau dia tak cepat mengaku, mungkin kami semua akan dingkut ke balai polis…..nasib baiklah. Orang itu ialah Ida, kawan baik Hanim sendiri. Maka terbongkarlah segala kegiatan dia dan terurailah misteri kehilangan duit staf lain kat ofis ni termasuk duit saya.
.....bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan....
Tapi macamana Ida ni boleh tahu no pin ATM si Hanim ni? Dan macamana dia boleh curi kad ATM dan kemudian letak balik kat dalam purse kawan dia tu tanpa disedari sesiapa.
Ok…cerita dia begini. Ida ni seorang yang pro dalam kegiatan mencuri dia ni. Mungkin sebab dia dah lama berkecimpung dalam bidang ni walaupun umur dia agak muda, lebih kurang 22 tahun. Dia dah lama merancang dengan teliti.
Setiap kali Hanim ni pergi keluarkan duit kat ATM, Ida selalu temankan dia dan masa nak tekan no pin tu, Ida selalu berdiri rapat ke mesin dan sempat perhatikan Hanim menekan no pin. Hanim tentulah tak syak2 apa dengan tingkah laku Ida tu sebab dah kawan baik. Rupa2 Ida sempat mengafal no pin si Hanim ni tanpa Hanim sedar.
Pada hari kejadian, Ida menunggu peluang Hanim leka, dia pun cepat2 menyeluk handbag Hanim dan ambil kad ATM tu. Lepas tu turun bawah ke mesin ATM dan keluarkan duit. Kemudian kembali ke ofis letak balik kad ATM Hanim ditempat dia tanpa disedari sesiapa.
Nak dijadikan cerita, Ida gunakan duit yang dia curi tu untuk membayar hutang dia kepada Hanim. Rupa2nya sebelum ni Ida ada pinjam duit Hanim. Hanim pulak, pergilah ke bank untuk bank-in duit tu. Masa tulah dia dapat tahu duit dia kat bank dah hilang. Maka kecohlah satu ofis dan terbongkarlah kegiatan Ida ni….
Nanti saya cerita macamana duit staf lain & duit saya sendiri boleh kena curi. |
|
|
|
|
|
|
|
kejinya ida ni...ade hutang boleh pulak curi duit dari bank hanim sendiri pastu pegi byr balik hutang dia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# tabasco
Ida ni bukan saja pandai mencuri tapi juga penyeluk saku yang cekap. Dalam handbag dia ada simpan pisau. Bukan pisau lipat tapi pisau dapur.
Kalau tengok paras rupa, takde siapa pun boleh sangka buruk dengan dia sebab paras rupa cantik dan ayu seperti wanita melayu terakhir gitu.....tingkah laku pun lemah lembut jer.....tipikal gadis melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# Fieza-mira
motip crita kisah 10thaun lepas...tapi tak pe la, boleh jadikan pengajaran.
Nak tau mcmana dia boleh curi duit staff lain.
Dia bawak pisau dapur tu, tak takut kena tangkap ke kalau polis check ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah kena tangkap polis ke sekarang ida tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dah kena tangkap polis ke sekarang ida tu?
hainina Post at 29-1-2011 20:55
Lepas kena tangkap dengan bos sebab mencuri, bos masih tak berhentikan kerja budak ni dan tak serahkan pada polis sebab dia menangis berhiba2 & merayu2 sampai bos jatuh kesian pulak kat dia. Dia masih dibenarkan bekerja kat ofis tu sebab dia perlukan duit untuk ganti balik duit yang dia curi dari Hanim tu. Kira cukup bulan potong gajilah.....
Tapi saya dah cuak tengok muka budak ni sebab kes kehilangan duit saya dan staf lain dulu dah dapat agak siapa punya angkara. Selama ni saya memang ada rasa yang kuat mengatakan dialah orangnya tapi tak dapat buktikan. Jadi bila kena tangkap begitu makin kuatlah prasangka saya tapi masih juga tak dapat buktikan. Kalau tanya diapun, dah tentu dia takkan mengaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ceritalah habis.....penatlah tgu baca sikit2...nak cerita, bagi habis semua |
|
|
|
|
|
|
|
tengah mengaranglah ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok...sebelum ni ada 2 kejadian kecurian kat ofis tu. Satu kes dalam berlaku dalam ofis dan satu lagi berlaku dalam bas balik dari ofis.
Yang berlaku dalam ofis tu kena kat budak baru masuk kerja dan kejadian dalam bas pulak kat saya sendiri.
Apa pulak kena-mengena kejadian handbag ke seluk dalam bas dengan Ida ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Fieza-mira at 30-1-2011 15:16
Dalam kes pertama, masa tu ada sorang budak baru masuk dan kebetulan pulak ofis tu ada buat renovation. Jadi ramailah pekerja konstruction dalam ofis tu tengah buat kerja diorang. Semua budak2 cina lelaki.
Budak baru ni masih takde tempat sendiri sebab meja dia belum ada dek sebabkan renovation ni tadi. Jadi dia menumpang meja staf lain dan handbag tak letak dalam drawer, cuma letak kat sisi dia sepanjang masa.
Jadi bila tengah sibuk, selalu lah dia leka menaip kat komputer dan tak awasi sangat beg dia tu.
Satu hari ofis tu kecoh sebab duit dia hilang. Orang pertama yang disyaki ialah budak2 cina yang buat kerja renovation tu. Bos kita orang pun pergilah mengadu dengan bos budak2 cina tu pasal insiden nih.
Apalagi habislah budak2 cina tu kena marah kaw2 dengan bos diorang dan diorang pulak mati2 tak mengaku. Takde sesiapa pun mengesyaki si Ida ni. Sebab ini kejadian pertama sejak Ida ni masuk kerja.
Jadi bila Ida dah kena tangkap, baru kita orang pikir balik mungkin si Ida ni yang punya angkara tapi orang lain pula yang kena tuduh....menyesal jugak kita orang menuduh budak2 cina tu mencuri.... |
|
|
|
|
|
|
|
maybe ida bw pisau dlm beg dia utk jaga kslamatan kalu kena ragut ke apa.... tp dlm masa yg sama dia pun spesies gtu gak................. |
|
|
|
|
|
|
|
TT ko cptla sket cite sume kes2 tu.... n bgtau la apa jd kat ida tu akhirnya?? kena buang ke kena tangkap ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Fieza-mira at 30-1-2011 13:55
Kes kedua pulak terjadi kat diri saya sendiri. Memang sukar nak percaya......tapi kita ada gerak hati dan kadang2 tu kena percaya dengan gerak hati sendiri......tapi tengok keadaanlah jangan main percaya buta jer......
Cerita dia begini, rumah saya dan rumah Ida ni berdekatan tapi taman lain2 dan naik bas yang sama pergi dan balik kerja. Saya duduk Ampang Indah dan Ida duduk Taman Kosas.
Tapi kami jarang balik bersama sebab Ida ni selalunya BF dia yang jemput. Lagipun saya bukannya rapat sangat dengan Ida ni. Dia rapat dengan Hanim. Waktu balik pun tak sama. Saya selalu balik lewat dan dia balik tepat jam 5pm setiap hari.
Hari tu hari gaji. Bos kat luar negeri, so kami dapat gaji cash, sebab bos takde nak sain cek gaji seperti bulan2 sebelumnya. Bos bagi 1 cek untuk gaji semua staf. Saya tukang withdraw cek tu dan agih2kan duit gaji kepada staf. Hari tu semua bawa balik gaji cash termasuk saya.
Seperti biasa, saya balik lewat tapi Ida nak ikut saya balik. Saya pun tanya dia BF tak jemput ke hari ni? Dia jawab tak, so dia nak balik dengan saya. Saya kata bolehlah tapi saya ada kerja lewat sikit balik kalau nak balik dulu, baliklah takyah tunggu saya. Tapi Ida kata dia sanggup tunggu.
Saya pun tak syak apa2 cuma pelik sikit apasal kali ni dia beriya2 nak balik dengan saya, selalunya sharp kul 5pm dia dah hilang.
So, dalam kul 6.30pm kita orang pun keluar ofis dan naik bas nak balik rumah. Masa dalam bas tu taklah penuh sangat tapi kena berdiri sebab takde tempat duduk. Ida berdiri rapat ke badan saya. Masa tu saya heran jugak apasal Ida ni menghimpit saya...?? Pasahal banyak ruang kosong dalam bas.
Dah nak sampai rumah dan bas pun dah kosong, si Ida pun pergi duduk tempat kosong dan saya masih berdiri. Masa nak turun baru saya perasan handbag saya terbuka zipnya dan purse saya dah hilang!! Terkejut dan pucat muka saya....semua duit gaji dalam tu!!!
Zap!! Orang pertama yang saya pandang ialah Ida! Saya pandang tepat ke muka dia!! Muka Ida berubah seperti ketakutan! Bas dah sampai rumah dan saya patut turun....masa tu saya serba salah nak turun atau ikut Ida turun dan soal dia...
Tapi akhirnya saya turun jugak depan rumah..dengan perasaan sedih & kecewa. Hati saya kata dialah orangnya tapi akal saya kata mana tahu, tak mungkin, dan macam2 alasan. Hati dan akal berperang! |
|
|
|
|
|
|
|
TT ko cptla sket cite sume kes2 tu.... n bgtau la apa jd kat ida tu akhirnya?? kena buang ke kena ta ...
hainina Post at 30-1-2011 13:53
Ida tu tak kena tangkap dengan polis, dia dapat pengampunan dari bos dengan amaran! Akhirnya dia berhenti kerja dengan sendirinya sebab malu....dia kerja tempat lain dan tak tahulah kalu dia dah bertaubat atau meneruskan kegiatan dia di tempat lain pulak!! |
|
|
|
|
|
|
|
pastu camne jpa balik x beg duit yg hilang... kotla dpt beg je tanpa duit... |
|
|
|
|
|
|
|
hish..... tak sangka ek?..mcm pro betul dia ni, dalam bas pun boleh curi. Agaknya dia dah mulakan profession ni dari kecik lagi sbb tu deh expert..
Ala, orang mcm ni pergi mana pun susah nak berhenti tabiat burok tu, kecuali dia betul2 taubat...MALU |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# hainina
Mana ada jumpa....hilang begita saja, dalam baslah katakan. Perit kalau purse kena curi nih....mana duit hilang lagi, IC dan kad ATM nak kena report dan ganti lagi.....banyak kerja kena report sana sini. Memang pedihlah.
Besoknya saya cerita kat satu ofis insiden semalam. Si Ida ni pun elok backing cerita saya seolah takde kena mengena dengan dia. Bila bersendirian dengan dia saya cuba tanya dia.....memanglah dia tak mengaku tapi air muka tak boleh sorok. Bodoh tul saya ni, ada ke tanya benda tu kat orang??
Satu lagi yang saya kesalkan, kenapalah saya tak ikut dia turun hari tu dan tanya dia....kalau dia tak buat dah tentu dia bagi kerjasama saya periksa beg dia....kenapalahhhh saya tak buat semua tuu?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|