Aku baru balik dari kenduri arwah mak aku dekat kampong di Rembau.
Tadi kecoh satu Rembau pasal seekor Pocong yang merewang sekitar pekan Rembau dan menyebabkan ramai yang terserempak.
Dinamakan sebagai Pocong Dayang sempena Mak Andam Dayang yang cukup famous di Rembau.
Dengar cerita dia pergi "lawat" bekas2 client dia yang termasuklah makcik2 aku dan juga arwah mak aku.
So ada orang Rembau dekat sini tak yang boleh confirm cerita ni?
apa cerita sebenarnya "Pocong Dayang" ni?
Terima kasih.
************************************
Setelah mendengar penerangan member2 aku yang bertugas/tinggal di area Rembau, aku mengesahkan bahawa cerita ini tipu dan fitnah dengan niat untuk memburukkan nama si arwah.
masih xtahulah samada betul ke x pocong mak andam yang buat hal
ada tanya kat kawan, mak dia duduk kat rembau tapi dia kata x sahih lagi cuma org dok cuak gaklah maklumlah benda camni ada di mana2
erkkkk...maksudnya semua orang yang pernah diandam beliau akan dilawati? hamponnn harus kecut perut semua orang yang pernah berurusan dengan arwah gitu
Berdasarkan penerangan Mak Tam aku yang kecoh singgah datang rumah bapak aku tadi,
Dayang ni pakai susuk dan masa dia meninggal, susuk dia tu tak di keluarkan. So, beberapa hari selepas di kebumikan, mayat dia tu keluar dari liang lahad sebab ada orang cakap kubur dia berlubang.
Since arwah Dayang ni semasa hidupnya hanya kenal orang-orang yang di andamnye, maka dia pun pergilah terloncat-loncat cari bekas-bekas pelanggan dengan harapan boleh keluarkan susuk dia tu. Jauh juga dia merayau, dari Kota sampai Pedas (sapa duduk N9 tau lah kat mana ni).
Antara mangsa-mangsa si arwah ni, as literally taken from Mak Tam's words, they are
1) Sorang anggota polis dekat Balai Polis Kota
Post-encounter result : Pengsan
2) Bangla
Post-encounter result : Menjerit, pengsan, sedar then buat report kat balai polis Rembau
3) Bilal
Post-encounter result : pengsan
Mengikut laporan si Bangla, Pocong Dayang minta buka dia punya tali kain kapan dan suruh keluarkan jarum susuk dekat muka dia.
Kejadian ni berlaku bulan lepas, kiranya end of last year lah. Dikhabarkan anggota polis dah berjaya tangkap si Pocong ni, jangan tanya aku kenapa polis yang tangkap, bukan Tok Imam ke apa sebab itu yang Mak Tam aku yang cerita.
Disebabkan Mak Tam aku ni cukup suka exaggerated cerita, so aku tak boleh nak percaya sangat. Ikutkan aku tak nak percaya pun sebab dia suka made up stories tapi kali ni macam ramai sangat sedara mara aku, termasuklah cousin2 aku yang kerja doktor pun meng approve akan cerita ini.
So again, anyone from Rembau can verified this rumours?