CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2257|Reply: 0

[LAIN-LAIN] FDAM dibenarkan beroperasi kembali

[Copy link]
Post time 26-10-2023 09:11 AM | Show all posts |Read mode
FDAM dibenarkan beroperasi kembali


Dari kiri, Logananthan, Zulkeflie dan Zaini ketika hadir ke pejabat JPPM Wilayah Persekutuan - Foto Ihsan FDAM


Kuala Lumpur: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dibenarkan beroperasi semula selepas mendapat keputusan rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan lalu.

Pemangku Presiden FDAM Datuk Zulkeflie M Osman berkata berdasarkan surat KDN bertarikh 15 September, keputusan rayuan daripada dibubarkan diluluskan dengan syarat oleh kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 18, Akta Pertubuhan 1966.

Menurutnya, pihaknya juga sudah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) semalam, bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung maklumat dan tindakan penambahbaikan yang dikemukakan kepada jabatan itu dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat terbabit.

"Pertemuan FDAM itu, yang dihadiri saya bersama Setiausaha FDAM Mohamad Zaini Hassan dan Bendahari K Logananthan di pejabat JPPM, berjalan lancar.

"Dalam pertemuan berkenaan, beberapa perkara diminta pihak JPPM seperti logo rasmi FDAM masih belum diluluskan penggunaannya sehingga diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan pada penghujung tahun ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 7 Jun lalu, Pendaftar Pertubuhan (RoS) membubarkan FDAM antara lain disebabkan perlanggaran sebahagian daripada akta perlembagaan terdahulu, yang dianggap tidak kukuh oleh RoS.

Zulkeflie mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah serta pegawai di KDN dan JPPM Kuala Lumpur yang membantu FDAM untuk beroperasi semula.

Menurutnya penghargaan juga dizahirkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) atas dorongan, nasihat serta sokongan dalam membantu usaha memulihkan status FDAM yang terbatal sebelum ini.

"Fokus dan hala tuju FDAM kini untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan persatuan termasuk langkah penambahbaikan dan idea baharu yang perlu ada bagi kemajuan persatuan.

"Diharapkan hubungan serta kerjasama FDAM dengan kementerian, jabatan dan pihak swasta yang berkaitan dengan perfileman serta stesen TV diperkukuhkan lagi selepas ini, selain terus mengembangkan kerjasama luar dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS)," katanya.

Sebagai persatuan tunggal yang mentauliahkan pengarah filem di Malaysia, Zulkeflie berkata FDAM sentiasa mengharap sokongan penuh daripada semua pihak dalam melahirkan pengarah yang berkaliber serta dapat menyahut cabaran dalam dunia perfileman, seiring kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -beroperasi-kembali

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046360 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list