View: 3391|Reply: 0
|
Misteri Lelaki Tua Mati Terkulai Atas Motor Dalam Kawasan Bengkel
[Copy link]
|
|
GUA MUSANG – Seorang lelaki tua ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di atas motosikal di sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian di sini, semalam.
Mayat Chow Sai Seng, 64, dijumpai dalam keadaan terkulai di atas motosikal jenis Honda Wave di kawasan bengkel tempat kerjanya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.25 pagi daripada seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melihat seorang lelaki berada di atas sebuah motosikal dalam keadaan berlumuran darah.
Foto: Kosmo
Menurutnya, pekerja TNB itu mengesyaki mangsa sudah meninggal dunia semasa dia hendak melakukan pemeriksaan meter elektrik di bengkel tersebut.
“Siasatan awal mendapati, pemilik bengkel tersebut tinggal di Raub, Pahang dan pagar berkunci dari dalam.
“Pintu pagar bengkel itu kemudian dibuka dengan cara memotong selaknya menggunakan pemotong besi. Jarak pintu pagar dengan motosikal mangsa dianggarkan kira-kira 25 meter,” katanya.
Choon Foo memberitahu, siasatan di lokasi kejadian mendapati ada kesan darah kering pada paha dan tangan mangsa.
Katanya, mangsa yang masih bujang bekerja di bengkel tersebut sejak tahun 2011 dan tinggal seorang diri di kawasan itu.
“Siasatan di lokasi kejadian dan keterangan daripada saksi mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.
“Mayat Sai Seng dihantar ke Hospital Gua Musang di sini dan punca kematian disebabkan “Coronary Artery Thrombosis” atau darah beku tersumbat,” katanya.
Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|