CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3573|Reply: 0

Dua gol Bellingham bantu Real ungguli Clasico

[Copy link]
Post time 29-10-2023 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Dua gol Bellingham bantu Real ungguli Clasico



Pemain Real Madrid, Jude Bellingham (dua dari kanan) menjaringkan gol kemenangan 2-1 berdepan Barcelona pada pertembungan Clasico La Liga di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona lewat malam tadi. – Foto REUTERS


BARCELONA, Sepanyol: Jude Bellingham meledak dua gol menakjubkan sekali gus membantu Real Madrid melakar kebangkitan menewaskan Barcelona 2-1 dalam aksi pertama Clasico La Liga buatnya lewat malam tadi.

Pemain antarabangsa England itu, yang memulakan kariernya di Madrid dengan cemerlang, merembat masuk satu tendangan padu ke penjuru gol dari jarak jauh selepas Ilkay Gundogan meletakkan tuan rumah Barcelona di depan di Stadium Olimpik.

Bellingham kemudian menyepak masuk gol kedua pada masa kecederaan dari jarak dekat untuk melenyapkan sorakan penyokong Barcelona dan mengumpul 10 gol dalam liga utama musim ini.

Barcelona kecewa apabila dua percubaan mereka terkena palang dan lebih menguasai perlawanan itu namun Bellingham, pendahulu penjaring gol terbanyak La Liga, sukar untuk dikekang dan membuat impak dalam pertembungan Clasico sulungnya.


Dua gol Bellingham melonjakkan Madrid ke puncak La Liga, di depan Girona menerusi perbezaan gol, dengan kedua-dua pasukan mendahului empat mata di depan Barcelona di tangga ketiga.


Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham (dua dari kanan) meraikan gol bersama (dari kiri) Vinicius Junior, Antonio Rudiger dan Joselu selepas menjaringkan gol kedua menentang Barcelona di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona lewat malam tadi. – Foto AFP

"Saya sukakan kebangkitan ini, ia bermain di fikiran saya buat seketika tetapi sering kali seronok untuk menjadi sebahagian daripadanya," kata Bellingham kepada Real Madrid TV.

"Kami tidak berputus ada dan saya terlalu gembira saya mampu melakukannya."

Bellingham tidak melengahkan masa meraikan gol penyamaannya, tenang dan pantas bersedia untuk menyambung perlawanan bagi mencari gol kemenangan.

"Dia kelihatan seperti seorang veteran... jaringan penyamaannya benar-benar mengubah perlawanan," kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti mengenai penjaring gol kemenangan berusia 20 tahun itu.

"Apa yang mengejutkan hari ini adalah rembatannya, dia sering tiba dalam kotak penalti, hari ini dia menjaringkan gol menakjubkan di kawasan itu."


Pemain Barcelona, Ilkay Gundogan menjaringkan gol pertama menentang Real Madrid pada aksi Clasico La Liga di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona lewat malam tadi. – Foto REUTERS


Bellingham kini mengumpul 13 gol dalam 13 perlawanan buat Real Madrid bagi semua pertandingan.

"Dia boleh mencapai 20 atau 25 gol, kerana dia bermula dengan amat bagus," tegas Ancelotti.

Jelas Bellingham terlalu gembira dengan kejayaannya itu.

"Ia sedikit emosi memikirkan sepanjang masa saya menonton (Clasico) di sofa bersama keluarga saya," kata Bellingham.

"Saya menyatakan kepada mereka hari ini giliran saya untuk membuat impak - saya sudah melakukannya dan saya terlalu gembira." – AFP


Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... eal-ungguli-clasico

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050089 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list