CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 0

[Pahang] Ketua, empat ahli ‘Geng Mat Mata’ curi kenderaan diberkas

[Copy link]
Post time 27-11-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode

WAN MOHD. ZAHARI Wan Busu (kanan) menunjukkan beberapa motosikal yang dirampas hasil tertangkapnya Geng Mat Mata di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB



KUANTAN: Polis daerah ini menahan ketua ‘Geng Mat Mata’ dan empat lelaki yang merupakan ahli kumpulan tersebut kerana dipercayai terbabit kes curi kenderaan di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, dengan tertumpasnya geng itu, polis menyelesaikan lapan kes curi motosikal, dua kes curi motokar dan satu kes curi kenderaan jenis van.

Menurutnya, kelima-lima suspek merupakan penganggur yang berusia antara 22 tahun hingga 33 tahun berasal dari daerah ini dan Pekan.

“Sekitar penghujung Oktober lalu, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mengesan trend kehilangan motosikal pada waktu malam yang diparkir dalam garaj rumah. Dalam tempoh sekitar dua minggu, sebanyak lapan laporan polis sudah diterima berkaitan kejadian tersebut.

“Hasil siasaan awal polis mendapati geng itu menggunakan van untuk mencuri motosikal terbabit dan jumlah kerugian untuk kehilangan kesemua lapan motosikal itu dianggarkan lebih kurang RM40,000,” katanya di sini hari ini.

Modus operandi suspek, menggunakan ‘allen key’ yang diubahsuai untuk membuka pintu van dan kereta lalu menghidupkannya menggunakan wayar yang dipotong.

Suspek mencuri motosikal dengan mengangkatnya ke dalam van dan juga turut melarikan kenderaan yang sedang dihidupkan oleh mangsa bagi tujuan memanaskan enjin.

Mengulas lanjut, Wan Mohd. Zahari berkata, hasil risikan dan perkongsian maklumat antara polis daerah Kuantan dan Pekan, tangkapan dilakukan pada 22 November lalu.

Jelasnya, polis Kuantan membuat tangkapan bermula dengan seorang lelaki tempatan yang dipercayai ketuanya iaitu Mat Mata di Perkampungan Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang dan merampas empat motosikal curi.

“Hasil soal siasat, tangkapan susulan dibuat ke atas empat lagi lelaki tempatan di beberapa kawasan sekitar daerah Kuantan dan Pekan. Polis merampas sebuah van, sebuah kereta yang dibakar, sebuah motosikal dan masing-masing sebuah enjin dan rangka motosikal.

“Kesemua suspek mempunyai rekod lampau dalam kesalahan jenayah dan narkotik. Kesemua mereka kini direman selama. enam hari bermula 23 November lalu sehingga esok namun permohonan sambung reman akan dipohon semula untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Kelima-lima suspek akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri motosikal, Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curi berkaitan kenderaan bermotor dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan berikutan membantu menyembunyikan harta curi berkaitan kenderaan bermotor.

Terdahulu, Mat Mata pernah ditangkap polis pada Februari lalu atas kesalahan mencuri motosikal.

Mat Mata dikenakan hukuman penjara selama lapan bulan serta dikenakan pengawasan polis selama setahun di daerah Bachok, Kelantan bermula Oktober lalu hingga Oktober tahun depan, namun satu laporan polis dibuat berikutan melarikan sebagai orang pengawasan. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... kenderaan-diberkas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051380 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list