CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4254|Reply: 8

Plantar Fasciitis

[Copy link]
Post time 21-2-2011 09:17 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by lipsofanangel at 21-2-2011 17:20

Asalamualaikum,

Lips try search topik ni tapi takder( kalau ada tlg merged yer), lips percaya ramai yg pernah alami sakit kat tapak kaki, especially bila baru bangun tido, nak pijak lantai tu, rasa sakit sangat kat tumit, ngilu, pedih..


Lips pun kena jugak, dah lama kena.. dulu pernah buat medical check up tapi doctor cakap takde apa2 sampai la recently x tahan, check lagi, rupa2 nya radang kat plantar fascia...




Apa itu PLANTAR FASCIITIS?


Ianya adalah keradangan (inflammation) pada plantar fascia (lapisan pelidung keras) pada tapak kaki, yang menyambungkan tulang tumit (heel bone) kpd jari kaki.

Simptoms:

sakit pada tapak kaki, terutama pada bhgian tumit, terutama waktu pagi dan semasa berdiri lama.

Faktor penyebab:

Plantar fascia bertindak sbg 'shock absorber' kaki. Bila terlalu kuat daya yang berulang-ulang (repetitive forces)pada bahagian kaki, ini akan menyebabkan fascia koyak, seterusnya bengkak dan radang.



Antara faktor-faktor penyumbang:

1) Aktiviti fizikal berlebihan spt ahli sukan, pelari jarak jauh dan 'joggers'

2) Arthritis-penyakit sendi tertentu menyebabkan keradangan pd tendon kaki seterusnya menyebabkan plantar fasciitis

3) Diabetes-PF lebih biasa berlaku pd penghidap diabetes (sbb tak diketahui)

4) Faktor mekanikal kaki-spt orang yang 'flat-footed' atau cara berjalan yang salah

5) Pemakaian kasut yang salah- kasut 'high heels', bertapak nipis atau terlampau longgar yang tidak menyokong keselesaan kaki.

6) Berlebihan berat badan



-----------------------------------------------------------


ada sesape yg kena mcm ni tak? so apa treatment yg korang buat yer? share2 la...







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 05:36 PM | Show all posts
Reply 1# lipsofanangel


   rawatan terbaik adalah Prolotherapy.lihat :  www.prolotherapy.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 10:10 PM | Show all posts
Reply 2# Dr.B17

TQ byk2......
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang sedang sakit ni...bila dah duduk lama/tido tak boleh terus bangun dan jalan dgn laju...mesti kena jalan pelan2 sampai satu masa sakit tu hilang..baru buleh jalan laju...rase tak best lak...ingat nak beli slipper tebal sikit untuk pakai dalam rumah...korang ade cara lain tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 07:19 PM | Show all posts
marumaru replied at 9-6-2017 03:02 AM
Sekarang sedang sakit ni...bila dah duduk lama/tido tak boleh terus bangun dan jalan dgn laju...mest ...

if u have PF, you have to get it treated; see a doctor and get a physio review
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 03:49 PM | Show all posts
dah pernah kena dulu 4, 5 years ago... seksa nak jalan... even kalo berdiri lama pun kaki rasa mcm terbakar dan sangat sakit... pergi klinik biasa tak membantu... every six month asyik inject steroid aje... after 3 to 6 months sakit balik... in the end pergi hospital buat xtray... ada heel spurs panjang sampai boleh buat cangkuk baju... hahahah.... doktor bagi injection apa tah kat kaki tu untuk reputkan spurs tu... doktor juga suruh buat stretching kaki (boleh refer kt internet untuk PF exercises), rendam kaki dalam air panas campur epsom salt juga membantu... lepas tu dah xde masalah dah.. tapi lately macam datang balik lah pulak...

at the same time, saya juga arthritis... so tak tahu samada sakit tu sebab PF atau arthritis..

pakai juga kasut yang sesuai... macam scholl, medifeet, skechers... macam saya tak boleh pakai kasut2 macam ni...sakit bila jalan...   saya kena pakai nursing shoes... kasut yg nurse selalu pakai tu... nasib baik sekarang banyak variety nursing shoes dari segi corak dan warna.. dah setahun lebih pakai nursing shoes pergi kerja... alhamdulillah ok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2017 08:35 PM | Show all posts
zafira replied at 11-7-2017 03:49 PM
dah pernah kena dulu 4, 5 years ago... seksa nak jalan... even kalo berdiri lama pun kaki rasa mcm t ...

bagus zafira mengambil initiative utk pulihkan keadaan sendiri. well done
spur awak mcm cangkuk baju?
nurse sy ada spur jugak kat heel dia, sian plak henjut henjut
bila masa muda dan kena lalui rotation orthopaedics, perla lah bosses suruh buat injections kat PF ni
tapi ada jugak sy assisted my bosses masa tu utk operate kan spur tu

hope u will be ok je tanpa need extreme measures
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 04:03 PM | Show all posts
my mom pun i syak ada PF ni sbb takleh bediri lama.. skang pkai selipar medifeet and kt rumah pun pkai selipar ade biji2 tu. dh bawak p jumpa doc, doc suruh stretch kan tapak kaki je. pastu doc tu suruh kurang kan berat badan and rajin exercise. ingat senang ke mak ni nak turun kan berat badan.. dh la dia on thyroidism meds, metabolism dh slow down. ada alternative lain ke utk warga tua ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2017 04:09 PM | Show all posts
nfaaa replied at 8-8-2017 04:03 PM
my mom pun i syak ada PF ni sbb takleh bediri lama.. skang pkai selipar medifeet and kt rumah pun pk ...

klu guna stationary bike kayuh sambil2 tgk tv takleh ke you?

ada gak exercise kan...low impact lak tu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.097994 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list