CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10494|Reply: 0

[Pahang] Athif sudah bergerak selepas suntikan RM9 juta

[Copy link]
Post time 3-12-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode

NUR AZIZAH bersama Muhammad Athif ketika ditemui di kediaman mereka Permatang Badak, Kuantan semalam.

KUANTAN – Keadaan Muhammad Athif Fahri Mohd. Farhan, bayi berusia 21 bulan yang menghidap Atrofi Otot Spina (SMA) jenis satu menunjukkan perkembangan positif selepas menerima suntikan terapi genetik Zolgensma bernilai sekitar RM9 juta Julai lalu.

Ibunya, Nur Azizah Zamri, 33, berkata, anaknya yang sebelum ini hanya mampu terbaring kini sudah mula boleh menggerakkan tangan dan kaki.

Katanya, anak bongsunya itu kini dalam proses pembelajaran mengenal semula dan menggunakan deria serta ototnya.

“Alhamdulillah, selepas terima suntikan tu banyak perkembangan positif dia (Muhammad Athif).

“Dulu langsung tak boleh bergerak, hanya terbaring. Sekarang dia (Muhammad Athif) dah boleh gerakkan tangan dan kaki,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Permatang Badak, di sini semalam.

Ujar Nur Azizah, selain itu, Muhammad Athif juga turut tidak terlalu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan terutama ketika mandi.

“Sebelum ini tak boleh buka mesin ini, dia boleh berhenti bernafas, sekarang banyaklah perkembangan, kalau masa mandi sudah boleh buka lebih kurang 30 minit.

“Paling ketara apabila dia sudah boleh didukung sewaktu dia duduk, dan mukanya sudah tidak berubah menjadi kebiruan jika saya buat begitu sebelum ini.

“Muhammad Athif juga sudah mula bersuara dan kini sudah pandai menjerit memanggil kakak-kakaknya,” katanya teruja berkongsi perkembangan positif bayinya itu.


MUHAMMAD ATHIF bermain bersama kakak-kakaknya.

Azizah memberitahu, Muhammad Athif kini sedang menjalani tiga sesi latihan yang membabitkan terapi pertuturan, terapi carakerja dan fisioterapi selama dua jam setiap hari di Pusat

Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park di Indera Mahkota, di sini yang bertujuan untuk merangsang deria dan ototnya.

“Kami memang tidak putus asa, bawa Athif untuk semua sesi itu dari Isnin hingga Jumaat. Dan disebabkan sesi fisioterapi ini, Athif banyak perubahan daripada keadaan sebelum ini.

“Sekarang Athif dalam proses belajar untuk telan makanan, angkat kepala semasa meniarap dan belajar untuk memusingkan badan,” katanya.

Selain itu, Azizah berkata, dia dan suami, Mohd. Farhan Mohd. Sait bersyukur kerana tidak lagi perlu membawa Athif untuk menjalani rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam kadar yang kerap.

“Sebelum ini kami perlu membawa Athif seminggu sekali untuk pemantauan perkembangannya selepas menerima suntikan terapi genetik itu.

“Muhammad Athif hanya perlu hadir untuk pemeriksaan susulan tiga bulan sekali di PPUM bermula tahun depan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -suntikan-rm9-juta/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.103706 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list