View: 2012|Reply: 0
|
[Selangor]
Selesai periksa rumah, polis bawa keluar dua kotak
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Kira-kira dua jam menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat keluar dengan membawa dua kotak.
Difahamkan, kotak berkenaan berkemungkinan berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang mayatnya ditemui di saliran air dekat kawasan apartmen itu, Rabu lalu.
Lebih 25 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula 8.40 malam tadi dan berakhir kira-kira 10.30 malam.
Pemeriksaan didapati tertumpu di tingkat dua dan tiga blok berkenaan yang berketinggian empat tingkat.
Usaha media untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut proses itu terhalang selepas tidak dibenarkan mendekati kawasan mahupun berkumpul di hadapan blok.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pemeriksaan rumah ke rumah yang dilaksana malam ini, bagi mengumpul bahan bukti yang boleh membantu siasatan kes.
Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran berdekatan takungan air, 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam 6 Disember lalu.
ANGGOTA polis membawa keluar dua kotak selepas memeriksa rumah di Blok R Apartmen Idaman. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wa-keluar-dua-kotak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|