View: 8570|Reply: 0
|
Tukang cuci capai impian jadi anggota polis
[Copy link]
|
|
Radzi Safri (kiri) menerima plak dan sijil dari Ketua Polis Pahang, Komisioner Datuk Sri Yahaya Othman ketika Perbarisan Tamat Latihan dipentas utama di Padang Kawad PULAPOL, Segamat. FOTO AHMAD ISMAIL
Segamat: Dahulunya dia bekerja sebagai tukang cuci bangunan. Namun keazaman tinggi dimiliki Mohd.Radzi Safri, 20, membolehkan dia mencapai cita-cita menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, Mohd Radzi memaklumkan dia sempat bekerja sebagai tukang cuci bangunan selama setahun di Mukah, Sarawak, sebelum menerima tawaran menyertai Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel.
"Sebaik menerima tawaran itu, saya tidak berfikir panjang kerana itulah kerjaya impian saya sejak kecil.
"Saya tidak menyangka tawaran menyertai PDRM hadir selepas saya berkerja dan berdikari sebagai tukang cuci bangunan," katanya ketika ditemui selepas Perbarisan Tamat Latihan PLAK Konstabel di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat, di sini, tadi.
Majlis disempurnakan Ketua Polis Pahang, Komisioner Datuk Sri Yahaya Othman.
Turut hadir, Komandan PULAPOL Segamat, Superintendan Airy Zaidi Nordin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait.
Mohd.Radzi yang dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan berkata, dia bersyukur ibu bapanya merestui hasratnya menjadi anggota polis.
Menurutnya lagi, dia memanfaatkan pengetahuan sepanjang latihan untuk menjalankan tugas sebagai anggota polis dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
"Saya bercita-cita menyertai latihan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sebagai pegawai kanan selepas ini," katanya.
Sementara itu pelatih Terbaik Latihan Luar, Konstabel Muhammad Rizad Bujang 25, pula berkata, dia bersyukur apabila berjaya menamatkan latihan dengan pencapaian cemerlang.
"Selepas tamat sekolah menengah, saya menyambung pembelajaran peringkat Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik di Mersing, Johor.
"Panggilan untuk menyertai PDRM sesuatu yang amat saya tunggu dan keluarga juga bersyukur apabila saya diterima untuk menjalani latihan ini," katanya.
Seramai 349 orang pelatih lelaki Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bil:63 Siri 5/2023 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL)Segamat, di sini, menamatkan latihan mereka semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jadi-anggota-polis |
|
|
|
|
|
|
| |
|