CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10941|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Remaja dakwa dibuli di sekolah asrama penuh akan dirakam keterangan

[Copy link]
Post time 14-12-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Daniel Akmal

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan pelajar yang mendakwa melarikan diri diri sekolah asrama penuh di Cheras, di sini, ekoran tidak tahan dibuli.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan tersebut bakal diambil selepas remaja berusia 14 tahun tersebut selesai menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Selepas sahaja dia (pelajar) keluar daripada hospital, barulah kita akan rakam percakapan dan putuskan sama ada wujud unsur buli.

“Kita perlu rakam keterangan dahulu, baru putuskan tindakan yang seterusnya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi, 14 yang dilaporkan hilang pada Rabu minggu lalu dari sebuah sekolah berasrama penuh mendakwa melarikan diri kerana dibuli.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, dilaporkan berkata, anaknya yang ditemukan oleh orang awam di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, dekat sini mengakui dibuli dengan teruk dan dalam keadaan lemah.

Dalam perkembangan berasingan, Allaudeen memaklum kes pembunuhan seorang akauntan di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, masih di peringkat mengesan motif pembunuhan.

“Setakat ini dua orang sudah ditahan. Polis perlukan sedikit masa lagi untuk menyiasat dari segi motif dan lain-lain lagi dengan lebih mendalam,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... dirakam-keterangan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.068691 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list