CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13330|Reply: 0

[Selangor] Penduduk beri tempoh dua minggu kepada pemaju, MPKj

[Copy link]
Post time 18-12-2023 06:59 PM | Show all posts |Read mode

KIRA-KIRA 20 orang penduduk Batu 6, Bangi menghadiri sesi perjumpaan bagi menyelesaikan isu banjir yang berlaku sebelum ini. FOTO Aizuddin Saad

Bangi: Penduduk Batu 6, di sini, yang sebelum ini mengalami kejadian banjir berharap pihak pemaju dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dapat mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permasalahan mereka.

Wakil penduduk Taman Bangi Indah, Zakariah Mohd Elah, 64, berkata pihaknya menunggu tindakan kedua-dua pihak itu untuk melihat semula pelan pembangunan dan kejadian banjir dalam tempoh dua minggu.

"Kita akan tengok ada atau tidak apa-apa tindakan daripada pihak berwajib terutama yang datang pada hari ini.

"Saya mengharapkan ada sesuatu tindakan yang baik daripada pemaju, MPKj dan pihak yang berkenaan supaya keselesaan penduduk di taman (Bangi Indah) diutamakan," katanya kepada Harian Metro, di sini.



Terdahulu, beliau bersama kira-kira 20 penduduk Batu 6 mengadakan perjumpaan dengan pemaju dan MPKj berhubung isu banjir berkenaan.

Perjumpaan turut dihadiri oleh wakil Ahli Parlimen Bangi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Langat serta Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

Pada 5 November lalu, kira-kira 150 penduduk dilaporkan terpaksa berpindah akibat banjir yang melanda di sekitar Bangi dan Semenyih.

Kesemua mangsa dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya MPKK Kampung Bangi dan Tadika Perpaduan Taman Bangi Ria.

Zakariah turut melahirkan kekecewaannya mengenai perjumpaan yang diadakan kerana ia hanya dihadiri oleh wakil pihak berwajib.

Selain itu dakwanya, pada asalnya pihaknya mahu satu dialog dengan pihak yang boleh membuat keputusan bagi menyelesaikan isu banjir ini, sebaliknya ditukar kepada perjumpaan.

"Sebelum ini (kami mahu) diadakan dialog antara orang-orang yang boleh membuat keputusan. Tetapi saya kecewa pada pagi ini yang hadir hanya wakil," dakwanya.

Penduduk Rumah Murah PKNS Batu 6 Bangi, Maarof Bujang, 73, pula berkata pihaknya memberi masa dua minggu kepada pihak berwajib selepas mereka berjanji untuk melihat semula pelan pembangunan terbabit.

Menurutnya, pihaknya akan mengambil beberapa tindakan sekiranya perubahan masih tidak berlaku.

"Selepas dua minggu (jika tiada tindakan), kita akan ambil tindakan sendiri. Kita khuatir apabila hujan lebat berlaku, kawasan yang diduduki akan berlaku banjir.

"Justeru, kami menggesa agar isu ini segera diselesaikan oleh pihak pemaju dan MPKj," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kepada-pemaju-mpkj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.043812 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list