View: 6064|Reply: 4
|
[DUNIA]
Mengapa Bas Sekolah Berwarna KUNING? Ini Sebabnya!
[Copy link]
|
|
Mengapa Bas Sekolah Berwarna KUNING? Ini Sebabnya!
Perkidmatan bas Sekolah digunakan apabila, Pelajar tersebut tidak mempunyai kemudahan lain untuk ke sekolah dan berkemungkinan ibu bapa mereka tidak sempat untuk menghantar mereka ke Sekolah. Jadi dengan menggunakan perkidmatan bas Sekolah dapat memudahkan mereka.
Mengapa Dicat Berwarna Kuning Bukannya Putih Ataupun Merah?
Jika anda meneliti, sesetengah kenderaan mempunyai kod warna tertentu yang dipakai diseluruh dunia, seperti kapal terbang berwarna putih, kereta kebal berwarna hijau tua dan Bomba berwarna merah. Jadi mengapa bas Sekolah berwarna kuning? ini penjelasannya.
Bas Sekolah merupakan pengangkutan darat khas, kegunaannya adalah untuk membawa pelajar-pelajar di seluruh dunia bagi memudahkan mereka untuk pergi serta pulang dari Sekolah Setiap hari. Jadi ia perlulah direka untuk melindungi penumpannya.
Warna kuning merupakan warna yang amat ketara dan sukar untuk terlepas pandang apabila melihtnya. Hampir kebanyakkan diseluruh dunia menggunakan warna kuning pada Bas Sekolah. Warna bas sebenarnya bukan lah kuning asli, ia merupakan campuran warna oren dan kuning lemon seperti buah mangga yang benar-benar masak.
“Warna Di Mana Mata Manusia Senang Tertarik”
Beberapa kajian mengatakan, bahawa di antara kesemua warna yang ada, warna kuning adalah warna yang paling menonjol pada mata manusia. Bukan hanya pada waktu siang sahaja akan tetapi dalam keadaan gelap juga.
Dari sudut saintifik, kecenderungan penglihatan manusia untuk mengesan warna kuning adalah 1.24 kali ganda lebih berbanding warna merah. Secara ringkas, anda lebih cenderung untuk terlihat warna kuning walaupun hanya menggunakan pandangan sisi mata.
Apa kata anda?
Sumber:https://murai.my/2023/178417/kenapa-bas-sekolah-berwarna-kuning/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i see .....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|