CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5062|Reply: 0

[Pahang] Lelaki dikhuatiri lemas, motosikal terbabas dalam parit

[Copy link]
Post time 9-1-2024 11:04 AM | Show all posts |Read mode

Lokasi kejadian lelaki yang dihanyutkan air di Ladang Sungai Bebar Utara, Mukim Bebar, Pekan. FOTO ihsan JBPM

Kuantan: Pekerja ladang dikhuatiri lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke parit semasa meredah air di ladang kelapa sawit Sungai Bebar Utara, Pekan dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian itu berlaku pada 4.55 petang ketika mangsa Muhammad Adhwa Haslan, 31, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di perumahan ladang berkenaan.

"Rakan mangsa yang berkonvoi bersama mendakwa mereka meredah air sedalam 0.33 meter yang melimpah di atas jalan utama ladang apabila motosikal mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke parit.

"Rakan mangsa mendakwa seorang pengawal keselamatan yang berada berhampiran lokasi kejadian terjun ke parit untuk menyelamatkannya, namun gagal kerana arus deras," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan petang semalam, namun dihentikan pada malam berikutan faktor cuaca dan disambung pagi ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erbabas-dalam-parit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056473 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list