CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3235|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Empat anggota polis ditahan peras ugut tauke ketum

[Copy link]
Post time 23-1-2024 03:12 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Empat anggota polis ditahan selepas dipercayai terlibat kes pemerasan membabitkan peniaga air ketum di Taman Desa Gombak, di sini, November lalu.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan peniaga kedai makan dan rakannya didatangi empat lelaki tempatan mengakui sebagai pegawai kanan polis sebelum memeriksa rumahnya.

“Anggota tersebut kemudian menemui 20 bungkus minuman dipercayai air ketum di dalam rumahnya.

Katanya, anggota berkenaan turut meminta bayaran RM10,000 atau tindakan diambil terhadap mangsa.

“Anggota tersebut dipercayai ugut untuk membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju sekiranya enggan membayar RM10,000. mangsa kemudian berunding untuk hanya membayar RM5,000 sahaja.

“Ekoran itu, suspek telah menyuruh rakan mangsa mengeluarkan duit di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang tunai itu,” ujarnya.

Selesai menerima wang tersebut, sumber memaklumkan anggota terbabit turut berbincang dengan mangsa untuk berniaga air ketum dengan jaminannya.

“Beberapa hari kemudian, suspek sekali lagi menghubungi mangsa untuk meminta wang RM1,000 sebagai cagaran bulanan,” ujarnya.

Menurut sumber, merasa dirinya ditipu oleh suspek, mangsa datang ke balai buat laporan untuk tindakan lanjut, Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, keempat-empat suspek terdiri daripada anggota polis itu telah ditahan bagi membantu siasatan, Jumaat lalu.

“Sudah ditangkap semua (empat suspek) dan reman telah tamat. IP (kertas siasatan) akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan tahan kerja terhadap empat anggota masih dalam proses.

“Siasatan dalaman akan selari dengan dengan tangkapan yang dibuat. Empat anggota ini diproses untuk tahan kerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... s-ugut-tauke-ketum/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.828785 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list