View: 11971|Reply: 0
|
'Perbetulkan yang biasa, biasakan yang betul'
[Copy link]
|
|
Tan Sri Razarudin Husain.
Kuala Lumpur: "Perbetulkan yang biasa, biasakan yang betul". Itu pesanan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain kepada anak buahnya dalam usaha meningkatkan imej pasukan.
Pesanan itu diberikan semasa beliau melakukan lawatan mengejut di Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan, semalam.
Menurutnya, lawatan mengejut itu bukan bertujuan untuk mencari kesalahan atau menjatuhkan hukuman, sebaliknya ia sebagai teguran bagi membetulkan amalan tugasan supaya tidak tersasar.
"Kepada dua-dua URB (Unit Rondaan Bermotosikal), saya berpesan anda ini semua adalah frontliner yang akan berhadapan dengan masyarakat.
"Saya minta jaga kerja anda, jaga nyawa, jaga keselamatan kita dan jaga juga harta yang ada dengan anda itu harta kerajaan," katanya kepada anggota URB IPD Nilai menerusi radio pasukan.
Perkara itu dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu klip video TikTok berdurasi tiga minit 42 saat yang memaparkan Razarudin membuat lawatan mengejut ke IPD Nilai dan lokap Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan, bagi memantau penugasan pasukan itu.
Sebelum itu, beliau mengadakan lawatan mengejut ke IPD Kajang, Selangor, kelmarin, bagi memantau keadaan di sana selain menaikkan moral anggota di lapangan.
Walaupun memegang jawatan tertinggi dalam pasukan, beliau dilihat tidak kekok berinteraksi bersama anak buahnya dan bersemangat memberi tunjuk ajar kepada anggota bawahannya.
Tindakan figura nombor satu PDRM itu mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata menyifatkan Razarudin seperti seorang bapa yang prihatin.
"Sebagai orang awam, saya ulang tonton video ini tiga kali, inilah 'bapa' kepada pasukan PDRM. Tunjuk ajar anak-anak buah dengan cukup berhemah.
"Beliau memakaikan beret kepada anggota muda setaraf anak sendiri. Syabas Tan Sri mohon ziarah balai di 'hujung-hujung tanjung' supaya mereka juga bersemangat dengan tugas," itu antara kata-kata pujian diberikan salah seorang pengguna media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... biasakan-yang-betul |
|
|
|
|
|
|
| |
|