CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6038|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sindiket bantu PATI tiada pengenalan diri, visa tumpas

[Copy link]
Post time 15-2-2024 05:23 PM | Show all posts |Read mode

Antara pasport yang dirampas JIM menerusi serbuan dijalankan terhadap sindiket terlibat semalam.

PUTRAJAYA – Taktik sebuah sindiket mensasarkan warga asing yang mempunyai masalah di Malaysia seperti tiada dokumen pengenalan diri dan visa mendapatkan Program Rekalibrasi 2.0 tumpas apabila ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan dijalankan di sebuah premis di sekitar Petaling Jaya, Selangor selepas menjalankan risikan selama dua minggu.

Katanya, pasukan operasi juga berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 31 tahun yang disyaki sebagai ‘dalang utama’ sindiket itu.

“Semasa ditahan, suspek tidak mempunyai pas yang sah untuk berada di negara ini.

“Pasukan operasi telah merampas wang tunai sebanyak RM2,000, 188 pasport Bangladesh, lima pasport Indonesia, empat pasport India, empat pasport Pakistan, empat pasport Nepal, satu pasport
Thailand serta pelbagai borang permohonan Program RTK 2.0,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, modus operandi sindiket adalah mensasarkan warganegara dari negara sumber seperti Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia, Nepal dan Thailand.

“Suspek akan mencari dan menghampiri mereka yang bermasalah ini dan kemudiannya menawarkan perkhidmatan yang disediakan seperti urusan permohonan Program RTK 2.0.

“Sindiket juga akan mendaftarkan syarikat bersama warganegara Malaysia bagi mengaut keuntungan dengan memanipulasi Progam RTK
2.0,” jelasnya.

Katanya, sindiket juga dipercayai beroperasi selama setahun dan mengenakan bayaran sekitar RM7,000 bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PATI). – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... n-diri-visa-tumpas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083514 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list