CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6605|Reply: 0

[Kelantan] Pemantauan pantai di Bachok, Tumpat, Pasir Puteh dipertingkat

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (kiri) menjalankan pemantauan di Pantai Irama, Bachok semalam. Foto TOREK SULONG

KOTA BHARU – Polis Kelantan mempertingkatkan pemantauan di kawasan pantai di Bachok, Tumpat dan Pasir Puteh untuk mengelakkan kejadian lemas semasa pasca Monsun Timur Laut (MTL).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tindakan itu dijalankan sebagai langkah awal keselamatan orang ramai di lokasi yang pantai yang menjadi tumpuan pengunjung.

“Sehubungan itu, pantai-pantai di Bachok, Tumpat dan Pasir Puteh sentiasa dipantau oleh polis terutamanya pada musim cuti persekolahan.

“Cuaca panas ketika ini menjadi antara faktor utama orang ramai lebih memilih untuk beriadah dan mandi di kawasan pantai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan dan Mesyuarat Agung Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di IPK Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah di Kelantan untuk melakukan pemantauan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kawasan pantai di negeri ini tidak selamat untuk mandi berikutan ombak deras dan  orang ramai juga perlu peka dengan keselamatan terutamanya bendera merah yang dinaikkan di kawasan pantai. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... puteh-dipertingkat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.057054 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list