CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7507|Reply: 0

[Selangor] 3 lelaki didakwa peras ugut wanita, minta RM3 juta

[Copy link]
Post time 22-2-2024 05:27 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Petaling Jaya: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang wanita dengan meminta wang RM3 juta, Sabtu lalu.

S Divyan, 27; A Sanjeev Kumar, 32; dan S Kaviethran, 31; didakwa melakukan pemerasan terhadap S Jaylakshmi, 30; yang juga kakak kepada Divyan dengan meminta mangsa membayar wang RM3 juta di sebuah pangsapuri di Puchong pada 10.21 malam, 17 Feb lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sa.ma yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.


Peguam Gurmukh Singh Sandhu yang mewakili Divyan dan Sanjeev memohon jaminan rendah kerana anak guamnya menanggung keluarga manakala peguam S Revin Kumar mewakili Kaviethran juga memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya mempunyai masalah kesihatan.

Majistret Farah Azura Mohd Saad membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan bagi serahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nita-minta-rm3-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 1.447110 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list