CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5745|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bayi nyaris maut, ibu tersilap bancuh susu guna cecair syabu

[Copy link]
Post time 25-2-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang bayi lelaki dikejarkan ke hospital selepas ibunya tersilap membancuh susu bayi menggunakan cecair syabu dalam kejadian di Taman Medan, di sini, 19 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut dari pihak Hospital Kajang, keesokan harinya.

Katanya, bayi yang berusia satu tahun empat bulan ketika itu berada dibawah jagaan neneknya yang berusia 55 tahun di Seri Kembangan pada hari kejadian.

“Semasa dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal.

“Wanita itu kemudian bertanyakan punca tingkah laku pelik bayi itu kepada ibu mangsa.

“Ibu mangsa yang berusia 34 tahun mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya yang berusia 40 tahun,” katanya.

Susulan itu, Shahrulnizam memaklumkan pihaknya menahan suami isteri terbabit di rumah mereka di Taman Medan, 20 Februari lalu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah,” katanya

Shahrulnizam berkata, semakan dilakukan juga mendapati suspek lelaki yang bekerja sebagai penjual air balang mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

“Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -guna-cecair-syabu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.112438 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list