CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2332|Reply: 0

[Selangor] Lelaki ajak gaduh gara-gara kenderaan dihalang di lorong kecemasan

[Copy link]
Post time 26-2-2024 03:17 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular yang memaparkan tindakan berbahaya seorang lelaki yang bertindak menghimpit kenderaan lain setelah laluannya dihalang.

PETALING JAYA – “Sudahlah memandu di lorong kecemasan. Selepas dihalang kenderaan lain, ajak bergaduh pula,”

Begitulah kata seorang lelaki di dalam sebuah video berdurasi 50 saat yang tular di aplikasi X, hari ini.

Menurut hantaran Ceo Of Expose, pemandu Toyota Vios di dalam video tersebut difahamkan telah menggunakan lorong kecemasan ketika jalan raya sedang sesak dan dipenuhi kenderaan lain.

Bagaimanapun, pemandu tersebut berang dan mula menghimpit kenderaan lain setelah laluannya dihalang oleh pengguna jalan raya.

“Sebab itulah abang yang bawa Proton Saga halang kenderaan tersebut. Padahal, pihak lebuh raya tidak membuka sebarang lorong ‘SmartLane’ pada waktu itu.

“Sudah cukup lorong yang ada cuma jalan sedikit sesak. Tetapi, sebab tidak sabar, sanggup guna lorong kecemasan,” jelasnya.

Berdasarkan video tersebut, kejadian dipercayai berlaku sekitar kawasan Pedas-Linggi di Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Saya harap pihak polis boleh ambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu sebegini,” katanya dalam video sama.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 2,100 tanda suka dan 288,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... i-lorong-kecemasan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 1.364114 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list