CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2869|Reply: 0

[Selangor] Sultan Selangor gesa kerjasama supaya penggantian paip disegerakan

[Copy link]
Post time 27-2-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Sultan Sharafuddin ketika berangkat pada istiadat perbarisan di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini-Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin mengesa semua pihak berkaitan untuk memberikan kerjasama bagi memastikan proses penggantian paip-paip usang di negeri ini dapat disegerakan.

Baginda menegaskan, terdapat 30,500 kilometer (km) paip yang membekalkan air kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ketika ini, banyak berlaku kejadian paip pecah disebabkan usang, tekanan berlebihan ke atas paip dan vandalisme.

“Kerajaan negeri telah menyatakan komitmen mengadakan kadar penggantian paip daripada 150 km setahun kepada 300 km setahun,” titah baginda ketika merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Kosmo! pada 4 Februari lalu melaporkan kira-kira 40,000 km paip jenis Asbestos Cement (AC) yang digunakan operator perkhidmatan air di Semenanjung dan Labuan dilaporkan usang, sekali gus menjadi antara punca berlakunya masalah gangguan air di Malaysia.

Sultan Sharafuddin turut menegaskan, baginda mengambil maklum komitmen kerajaan Selangor untuk menangani isu bekalan air dengan mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan risiko dan menjamin keselamatan air untuk negeri.

Baginda bertitah, projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) meliputi semua perancangan kerajaan negeri dalam menguruskan air termasuk air banjir yang akhirnya boleh dijadikan sebagai sumber air untuk dibekalkan bagi tujuan rawatan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) atau kegunaan aktiviti seperti perikanan dan pertanian.-KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... n-paip-disegerakan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.061800 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list