CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2730|Reply: 0

[Selangor] Suhu di Pokok Sena capai 40 darjah Celsius, hari ini

[Copy link]
Post time 28-2-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di daerah Pokok Sena, Kedah, hari ini.

Menurut MetMalaysia, suhu di kawasan tersebut boleh mencecah antara 37 hingga 40 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Manakala, di Sepang, Selangor; Kuala Kangsar, Perak serta beberapa bahagian di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, amaran cuaca panas masih lagi berada dalam tahap berjaga-jaga.

“Begitu juga dengan Beaufort di Sabah yang masih berada dalam tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum sekitar 35 hingga 37 darjah celsius,” katanya.

Susulan cuaca panas, MetMalaysia mengingatkan orang ramai agar mengurangkan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Menurut MetMalaysia, orang ramai yang ingin merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian boleh melakukan demikian di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... h-celsius-hari-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042225 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list