CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5889|Reply: 0

Ekoran isyarat lucah, Ronaldo digantung satu perlawanan

[Copy link]
Post time 29-2-2024 10:17 AM | Show all posts |Read mode

CRISTIANO Ronaldo. FOTO Agensi

Jeddah: Cristiano Ronaldo digantung satu perlawanan selepas Jawatankuasa Tatatertib dan Etika Persekutuan Bolasepak Saudi (SAFF) mendapati bintang bola sepak dunia itu menunjukkan isyarat lucah ketika pertemuan antara Al Nassr ke atas Al Shabab, Selasa lalu.

Jawatankuasa itu berkata, bintang Portugal itu perlu membayar denda 10,000 riyal Saudi (RM12,700) kepada Persekutuan Bolasepak Saudi dan 20,000 riyal (RM25,410) kepada Al-Shabab untuk menampung kos yuran pemfailan aduan.

Jawatankuasa itu juga menegaskan, keputusan berkenaan tidak tertakluk kepada rayuan.

Terdahulu, Ronaldo berdepan dengan pelbagai kritikan selepas tampil membuat isyarat lucah selepas membantu pasukannya Al Nassr menumbangkan Al Shabab 3-2 dalam perlawanan menarik Liga Pro Saudi.



Ketua pasukan Portugal itu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 sebelum Talisca meledak dua gol untuk memastikan tiga mata penuh berjaya di bawa pulang biarpun tuan rumah cuba bangkit dengan dua gol.

Begitupun sebaik tiupan wisel penamat ditiupkan, tindakan Ronaldo meraikan kemenangan itu dengan membuat isyarat lucah ke arah penyokong Al Shabab hingga menyebabkan pemain terbaik dunia itu dikritik di laman sosial.

Susulan tindakan Ronaldo itu, media tempatan di Arab Saudi melaporkan SAFF kemungkinan akan menyiasat perkara terbabit dan hukuman bakal dikenakan.

Begitupun tindakan Ronaldo itu bukanlah yang pertama apabila dia turut dirakam mencengkam kemaluannya ketika dalam perjalanan ke ruang istirahat selepas tamat perlawanan liga menentang Al Hilal di mana Al Nassr tewas 2-0 pada April tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ung-satu-perlawanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23455 Replies : 147
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193283 Replies : 4474
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.056676 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list