View: 2849|Reply: 0
|
Tayangan skrin besar aksi Malaysia-Oman
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menghangatkan lagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman apabila mengadakan tayangan skrin besar di 16 venue di seluruh negara.
Antara venue terpilih untuk tayangan skrin besar itu adalah di Dataran Merdeka; Dataran Kemerdekaan Shah Alam; Dataran Putrajaya Presint 3; Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar; Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah; Padang Kota Lama, Georgetown serta Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya.
Selain itu, di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan; Dataran Bandaraya MBMB Ayer Keroh; Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi; Politeknik Kota Bharu, Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu dan Padang MBK 1, Kuantan.
Penyokong di Sabah dan Sarawak juga seharusnya ketinggalan memeriahkan lagi tayangan skrin besar di tiga venue iaitu Dataran Perayaan, Kuching; Padang Ragbi ERC, Bandar Utama, Sandakan dan juga Muzium Marin Labuan.
Sebagai rekod, aksi pertama antara Oman berdepan Malaysia akan berlangsung pada jam 2 pagi, awal pagi Jumaat ini dan aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pula Selasa ini, jam 10 malam.
Ketika ini, skuad bimbingan Kim Pan Gon mendahului Kumpulan D dengan enam mata sementara Oman di tangga kedua dengan tiga mata.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -aksi-malaysia-oman |
|
|
|
|
|
|
| |
|