CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7344|Reply: 0

[Dunia] Ubat paling mahal berharga RM20.15 juta

[Copy link]
Post time 22-3-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Ubat paling mahal berharga RM20.15 juta

https://www.hmetro.com.my/global ... erharga-rm2015-juta

Agensi

Disiarkan pada: Mac 22, 2024 @ 10:43am


FOTO HIASAN

Washington: Ubat bagi terapi gen baharu untuk satu penyakit sangat jarang jumpa akan menelan kos sebanyak AS$4.25 juta (kira-kira RM20.15 juta), sekali gus menjadikannya ubat paling mahal di dunia, lapor Bloomberg.

Bagi rawatan sekali itu, ubat berkenaan sudah mendapat kelulusan badan kawal selia Amerika Syarikat (AS) pada 18 Mac lalu, bagi tujuan merawat punca penyakit keturunan dikenali leukodistrofi metakromatik (MLD). Ia untuk peringkat awal penyakit terbabit.

MLD adalah penyakit membawa maut yang mana bayi kadangkala mula hilang keupayaan untuk berjalan dan bercakap.

Orchard Therapeutics dalam satu kenyataan pada 20 Mac berkata, harga ubat itu mencerminkan nilai klinikal, ekonomi dan masyarakatnya.

Kos itu melebihi harga ubat untuk Hemgenix keluaran CSL Behring. Bagi ubat ini, satu kali infusi untuk rawatan hemofilia berharga AS$3.5 juta (kira-kira RM16.6 juta).

Menurut Orchard Therapeutics lagi, MLD menjejaskan kira-kira satu daripada 100,000 kelahiran hidup, dan kurang daripada 40 kanak-kanak setahun di AS.

Syarikat itu menumpukan pada membangunkan terapi gen yang bertujuan untuk membetulkan kecacatan genetik asas yang menyebabkan penyakit yang diwarisi. Orchard Therapeutics, baru-baru ini, diambil alih oleh pengeluar ubat dari Jepun, Kyowa Kirin.

Bidang ubat gen itu mencetuskan perdebatan mengenai harganya yang tinggi. Sementara itu, syarikat farmasi mengatakan harga itu wajar kerana rawatan itu berpotensi menyembuhkan pesakit, menjana penjimatan untuk sistem penjagaan kesihatan dari semasa ke semasa dan memberikan faedah masyarakat.

Pengeluar ubat juga ingin mendapatkan semula kos membangunkan rawatan.

Tetapi penetapan harga menimbulkan kebimbangan mengenai tekanan yang boleh dikenakan kepada syarikat insurans, terutamanya Medicaid, program insurans kesihatan untuk golongan miskin di AS.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.280618 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list